'Macam sengaja nak cakap saya buruk...' Gara-gara kena 'face shaming', Atikah Suhaime selesa habiskan masa dengan famili berbanding kawan 

Iklan

SIAPA sangka, orang yang paling dekat dengan kita selain ahli keluarga sendiri dan dipercayai boleh bercakap jahat serta memperlekehkan diri kita. 

SIAPA sangka, orang yang paling dekat dengan kita selain ahli keluarga sendiri dan dipercayai boleh bercakap jahat serta memperlekehkan diri kita.

Itulah yang dialami oleh pelakon cantik, Datin Atikah Suhaime yang meluahkan rasa kecewa apabila menjadi mangsa ‘face shaming’ tentang penampilannya semasa hamil.

Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaime berkata, insiden itu berlaku apabila rakannya datang melawat dan terkejut melihat perubahan fizikalnya yang lebih berisi disebabkan sarat mengandung. Malah, wajahnya juga dikatakan tidak berseri disebabkan hamil anak perempuan.

"Baru-baru ini, ada kawan rapat datang rumah selepas lama tak jumpa. Dia tengok saya dan terus cakap, ‘Wow, tak lama nak bersalin ke ini?’

"Saya jawab, Insya-ALLAH Mac nanti saya bersalin. Tapi, dia tambah pula, ‘Saya ada kawan, walaupun dia mengandung, nampak cantik sangat, glowing'. Saya tak pasti kenapa dia cakap begitu, tetapi rasa macam dia sengaja nak beritahu saya nampak buruk sangat waktu mengandung,” tulisnya dalam satu perkongsian memasaknya di Tiktok.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Tambah anak kelahiran Kota Singa itu lagi, kejadian tersebut membuatkan dia lebih selesa menghabiskan masa bersama keluarga berbanding dengan sahabat kerana bimbang berdepan situasi sama.

"Sebab itu saya jarang lepak dengan kawan-kawan. Saya lebih suka habiskan masa dengan Amir, adik ipar atau ibu mertua.

"Setiap kali keluar dengan kawan, mesti ada sahaja yang buat saya terasa hati. Saya jadi kagum bagaimana orang lain boleh simpan kawan ramai-ramai. Tapi saya, kalau lepak dengan kawan, selalu rasa sakit hati sahaja,” jelas beliau.

Hati siapa yang tidak sakit bila jumpa orang yang dah lama tak bersua, ingatkan boleh bertukar cerita tetapi rupanya datang sekadar nak sakitkan hati. Lebih-lebih lagi ibu hamil ni mudah sensitif, sabar la ye mama di luar sana kalau ada yang menegur.