'Saya bapa & ibu'. 16 tahun lelaki Tionghua jaga 3 anak yatim Melayu, keikhlasan buat netizen menitiskan air mata

Iklan
16 tahun lelaki Tionghua jaga 3 anak yatim Melayu, keikhlasan buat netizen menitiskan air mata (5)

KASIH sayang tanpa sempadan, tidak mengenal warna kulit mahupun bangsa. Siapa sangka detik pertemuan di sebuah rumah anak yatim 16 tahun lalu menjadikan lelaki berketurunan Tionghua ini bapa angkat kepada tiga anak lelaki Melayu.

Michael Tong Wai Siong, 55, kini mampu tersenyum puas melihat tiga anak angkatnya, Rafei Ahmad Fauzi, 29, dan dua lagi adiknya, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24, menginjak ke usia dewasa dan membesar menjadi manusia yang berguna.

Iklan
Iklan

Michael atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Mike tidak kekok menjaga ketiga-tiganya biarpun masih bujang. Malah beliau menyayangi mereka seperti anak sendiri!

Bercerita tentang keluarga mereka, Michael berkata, segala-segalanya bermula apabila beliau hanya mengambil Rafei sebagai anak angkat.

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Wanita Tionghua review van jenazah buat ramai kagum. Perincian yang dibuatnya sangat ringkas, tapi jelas

Baca juga: Wanita Cina besarkan anak angkat Muslim terima Anugerah Maulidur Rasul, berikut kisahnya yang menyentuh hati

Iklan

[caption id="attachment_144699" width="800"] Tangkap layar YouTube Harian Metro[/caption]

Rafei yang ketika itu berusia 12 tahun dan tinggal di rumah anak yatim di Gombak, Selangor. Namun Micheal mahu membantunya mendapat kehidupan lebih baik.

"Rafei dan dua adiknya dihantar ke rumah anak yatim selepas ibu bapa mereka meninggal dunia (selang sebulan dalam tahun sama). Umi (individu menguruskan rumah anak yatim di Gombak) mengadu mengenai Rafei yang tidak mahu bersekolah.

"Jadi, saya ambilnya setiap pagi hantar ke sekolah dan waktu pulang, pekerja saya akan ambil dan hantarnya ke pusat tuisyen sebelum saya jemput bawa pulang ke asrama rumah anak yatim.

"Keadaan itu berulang agak lama sebelum diberi cadangan untuk Rafei tinggal bersama untuk memudahkan," katanya.

Baca juga:Pernah retak tulang pipi, patah tulang bahu dan tangan. Dulu gadis litar, Yulina Tan kini pelumba superbike

Baca juga: Momen salam raya pemuda keturunan Cina dengan ibu susuan bikin sebak, rupanya dijaga sejak bayi. 'Terima kasih Mak'

[caption id="attachment_144700" width="800"] Tangkap layar YouTube Harian Metro[/caption]

Menurut Micheal, beliau yang masih bujang membawa kanak-kanak itu tinggal bersama. Namun nota rindu Rafei kepada dua adiknya, Rasyid dan Abdul Rahman yang terpisah selama kira-kira setahun kerana tinggal di rumah anak yatim di Klang, Selangor mengubah segalanya.

"Tidak lama selepas itu, saya bawa Rasyid tinggal bersama dan kemudian turut membawa Abdul Rahman bersama kami.

Baca juga: Viral suami isteri berbangsa Cina bersih kubur & ; batu nisan, rupanya ini cerita sebenar

Baca juga: Gembira adik beradik berjaya berniaga, tanda ibu bapa tidak akan susah, ini 5 rahsia orang Cina bina kekayaan

[caption id="attachment_144701" width="800"] Tangkap layar YouTube Harian Metro[/caption]

Michael nekad menjaga ketiga-tiga kanak-kanak itu kerana beliau pernah berada dalam tempoh kesukaran hidup. Beliau mahu mereka mendapat kehidupan lebih baik termasuk dalam aspek akademik dan agama.

Menggalas tugas ibu dan ayah, Micheal bersyukur keluarganya sendiri menjaga anak-anak angkatnya seperti darah daging sendiri.

"Pada mulanya memang takut juga kerana tiada pengalaman, sebab itu saya ambil seorang saja dahulu tetapi ramai rakan memberi sokongan dan membantu.

"Keluarga saya juga tidak membantah, malah mereka terutama ibu (Oh Siew Eng, 86) melayan mereka seperti keluarga dan cucu sendiri," katanya.

Baca juga: "Ibu bapa tiada gantinya”- Isteri kerap balik kampung, lelaki mualaf baru tahu punca lebuh raya sesak tiap kali cuti

Menyedari tidak mampu memberi didikan agama Islam, Micheal sanggup mengupah tenaga pengajar. Malah, beliau turut menyediakan sajian sahur dan berbuka serta menitikberatkan gaya hidup yang bersesuaian.

"Saya tahu kami berbeza agama, tetapi mahu mereka meneruskan pendidikan agama biarpun tinggal bersama. Jadi, saya minta seorang ustaz mengajar mereka mengaji di rumah setiap malam.

"Saya buat begitu sejak mereka kecil untuk memberi sokongan kepada mereka agar berpuasa penuh. Di rumah juga, saya jaga sensitiviti agama Islam terutama makanan dan minuman," katanya.

Menjadi bapa dan ibu kepada tiga anak lelaki sangat mencabar apatah lagi ketika ketiga-tiga mereka sedang meningkat dewasa, namun Micheal mengakui dengan pelbagai kerenah itu semua itu meninggalkan memori manis.

[caption id="attachment_144702" width="800"] Tangkap layar YouTube Harian Metro[/caption]

"Ketiga-tiga anak mempunyai kenakalan masing-masing tetapi mereka tetap anak yang baik.

"Mereka tidak panggil saya ayah kerana saya sendiri yang mahu mereka kekal panggil Uncle Mike. Bagi saya, panggilan itu tidak penting, sebaliknya, saya ikhlas menjaga mereka seperti anak sendiri.

"Saya masih ingat ketika mereka kecil, saya akan bangun seawal jam 5 pagi untuk siapkan sarapan. Teguran, bebelan dan marah itu biasa kerana saya sayang dan mahu mereka menjadi orang berguna," katanya.

Michael sehingga kini membujang. Namun lelaki itu mengakui tidak berasa sunyi dengan kehadiran tiga anak lelaki itu dan dua orang cucu yang merupakan anak kepada Rafei.

Warga maya tersentuh dengan keihlasan dan kasih sayang yang dicurahkan Michel kepada tiga anak angkatnya. Rata-rata mengakui menitiskan air mata dan mendoakan agar kebahagian keluarga itu kekal selamanya. Ujar mereka;

"Ya ALLAH kagumnya. Air mata tiba-tiba mengalir baca kisah ini. Baiknya hati, semoga mendapat hidayah," kongsi Princess MumyLovely.

"Salute to you Uncle Mike. Masih ada lagi orang yang baik dalam dunia ini," titip Zamri Ramli.

"Terharu baca.. mulianya hati seorang 'bapa'," ujar Shanty Hannah.

"Berjuraian air mata, mulianya hati," kata Hatijah Darus.

Sumber: Harian Metro, 1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!