'Paksa diri & selalu ingat mati.' Betty Rahmat kongsi kisah hijrah, dedah kena ada 'circle' yang betul untuk terus istiqamah

Iklan

PELAKON dan usahawan Betty Rahmat selalu menjadi inspirasi. Rajin mengadakan majlis ilmu dan dakwah di rumah, selebriti 43 tahun itu rupanya ada sebab yang kuat mendorongnya berhijrah menjadi lebih baik.

Pemilik nama Norsha Rahmad Ali itu baru-baru ini berkongsi faktor ajal yang bakal tiba tanpa mengira masa dan tempat membuatkannya istiqamah pada jalan hijrah.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga adik kepada pelakon Erma Fatima dan Umie Aida menyifatkan, setiap manusia ingin berubah kepada kebaikan perlu bermuhasabah serta memperbetulkan diri.

Iklan

"Ada yang mempunyai ekspektasi tinggi dan berkata mahu berkahwin dengan suami yang boleh membimbing, mahu anak soleh tetapi tidak membuat refleksi diri.

"Bagi saya, kita kena perbetulkan diri terlebih dahulu, belajar dan berdoa dan dengan perlahan-lahan. Sekeliling kita ALLAH akan jaga. Itu pegangan saya yang saya lakukan.

Iklan

"Selebihnya jika kita mahu berhijrah dan kekal istiqamah, kita perlu berusaha. Tidak boleh terus selesa," katanya.

Betty yang mula berhijab sejak jalan tiga tahun lalu tidak jemu menggali pengetahuan dalam agama.

Biarpun dikelilingi dunia hiburan yang mencabar, Betty nekad menutup aurat dengan lebih sempurna.

"Misalnya hari ini sudah pakai tudung, ok dah beriman. Tak perlu cari dan belajar baca al-Quran, tidak perlu menambah pengetahuan dan bertadabbur.

"Sebenarnya semua itu tidak boleh. Bagi saya, wanita perlu sentiasa top up ilmu kerana ia akan membuatkan kita back on track semula.

"Kena paksa diri dan selalu ingat kita akan mati. Setiap kali timbul rasa malas, penat, mengantuk dan enggan bangun saya ingatkan diri bahawa boleh mati bila-bila," kongsinya.

Bagi menyempurkan pengajian al-Quran, kata Betty dirinya banyak menggunakan teknik 'psycho'.

"Kalau al-Quran, kena banyak guna psikologi dan psycho diri sendiri. Paksa diri lawan syaitan dalam diri.

"Paling penting kena ada circle yang betul.

"Saya ada limit. Saya tidak tinggalkan kawan-kawan sama ada mereka sudah berhijrah atau tidak," kongsinya.

Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki itu mengakui pada kebanyakan masa beliau akan berada bersama keluarga.

Betty berkahwin dengan ahli perniagaan, Ardy Damis pada Februari 2018 dan dikurniakan anak bernama, Ardy Wira.

Sumber: TikTok