JIKA sebelum ini orang mengenali selebriti, Sheila Rusly sebagai seorang yang tegas lebih-lebih lagi di tempat kerja.
Namun kini, apabila dilihat rapat dengan menantu beliau dianggap sebagai mentua idaman sehingga membuatkan ramai cemburu dengan layanan tersebut.
Menerusi temu bualnya bersama Melodi baru-baru ini, beliau memaklumkan layanan yang diberikan kepada kedua-dua menantu perempuannya, Elisya Sandha dan Beatrice itu sememangnya menjadi diri sendiri.
"Saya sebenarnya jadi diri sendiri, tak pernah nak bersikap pura-pura di depan menantu. Macam mana saya layan anak-anak, macam tu juga saya layan anak menantu.
"Kalau kita nak anak kita bahagia, kenapa kita nak bermusuh dengan menantu? Kalau kita bermusuh dengan menantu, anak kita akan berada dalam situasi yang sangat susah,” Kata beliau.
Dituduh berlakon baik depan menantu, ini reaksi Sheila Rusly. Kalau nak anak bahagia, kenapa bermusuh dengan isteri mereka?'
Iklan