Zamarul sesak nafas kini di ICU, Diana Rafar mohon doa. 'Ya ALLAH permudahkan urusan suamiku...'

Iklan

AKTOR Zamarulhisham dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas secara tiba-tiba ketika menjalani penggambaran sebuah drama.

Menerusi perkongsian laman sosial isterinya, Diana Rafar, pelakon itu difahamkan berada di lokasi penggambaran.

Iklan
Iklan

"Permudahkan urusan suamiku ya ALLAH, semoga tiada apa yang serius. Abang tiba-tiba tidak boleh bernafas, dia lemah," titipnya di Insta Story.

Memetik Kosmo Online, Diana dan anak-anaknya yang berada di hotel berhampiran lokasi penggambaran terus bergegas ke sana sebaik dihubungi penerbit, Fadzil Teh.

Iklan

Malah beliau juga setia menemani Zamarul menaiki ambulans ke hospital.

Iklan

"Ketika saya sampai saya tengok abang (Zamarul) sedang diurut beberapa kru, manakala keadaannya juga nampak lemah sambil terbaring yang membuatkan kami semua panik.

"Seorang kru menghubungi ambulans yang membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya dipetik daripada Kosmo.

Katanya, aktor berusia 54 tahun dikejarkan ke Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, pukul 2 pagi tadi dan masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun kondisi penyakit belum dikongsikan doktor.

Menurut Diana, suaminya dalam keadaan sedar tetapi perlu berada di ICU bagi pemantauan dan dijangka ditempatkan di hospital terbabit selama lima hari.

"Sepanjang pengetahuan saya, abang tidak pernah menghidap sebarang penyakit malah mengamalkan gaya hidup sihat.

"Kami cuma tunggu makluman doktor sekejap lagi. Doakan semoga abang sihat semula. Mungkin sebab dia terlalu penat bekerja.

"Syukur saya dan anak-anak turut serta ke Port Dickson menemani abang sejak tiga hari lalu, jadi dapat segera ke hospital tengah malam tadi,” ujarnya.

Kata Diana, semalam sepatutnya hari terakhir penggambaran drama yang turut dibintangi aktres dan pengacara Elly Mazlein.

Sumber: Kosmo