PELAKON dan usahawan Fattah Amin sentiasa mencuri perhatian para peminat.
Dalam perkembangan terbaharu, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin yang kini berada di United Kingdom berkongsi video santai yang memberikan memberikan motivasi.
"Segala sesuatu di dunia bersifat sementara. Hidup berubah. Orang datang dan pergi dan musim tidak pernah bertahan lama.
"Jadi, apapun yang anda alami saat ini selalu ingat bahawa situasi anda saat ini bukanlah tujuan akhir. Jangan menyerah," titip Fattah.
VIdeo berdurasi 21 saat itu menerima pelbagai reaksi daripada para peminat.
Rata-rata terus memberikan semangat da sokongan buat Fattah meneruskan kehidupan biarpun pernah melalui ujian berliku.
"Hidup bukan untuk menunggu badai berlalu, tetapi belajarlah menari dalam lebatnya hujan. Terus maju ke hadapan Fattah."
"Stay strong Bamtah, don't give up. Jalan terus, ALLAH kan ada."
"Yang berlalu biarkan berlalu, don't give up teruskan melangkah."
Terdahulu, Fattah dikaitkan dengan penyanyi Amira Othman selepas beberapa video mereka bersama tular.
Bagaimanapun, peserta Akademi Fantasia Musim Ke-10 itu mengakui hubungan itu tidak benar dan sekadar gimik untuk lagu terbaharunya, Bila Nak Kahwin.
Sekadar info, Fattah bercerai dengan bekas isterinya, Fazura atau nama di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bistari pada 7 Oktober selepas tujuh tahun berkahwin.
Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Untuk rekod, pasangan yang popular dengan singkatan Fattzura itu diijabkabulkan pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya.
Sumber: TikTok