Pelakon veteran Roslan Saleh meninggal dunia pada usia 69 tahun

Iklan

INNALILLAHI wainna ilaihirojiun. Aktor veteran, Roslan Saleh menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat.

Pergi selamanya pada usia 69 tahun, pemergian Allahyarham dikongsikan anaknya, Farahanis Roslan menerusi laman sosial Facebook.

Iklan
Iklan

"Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi.

"Ya ALLAH, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah segala dosa dan kesalahan dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," titipnya.

Iklan

Difahamkan, jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan yang dijangka selepas solat Jumaat.

Iklan

Terdahulu, Roslan yang lebih mesra disapa Pak Lan Roslan menghidap beberapa jenis penyakit seperti diabetes, tekanan darah rendah dan batuk kering yang menyebabkan beliau terpaksa berhenti berlakon.

Keadaan kesihatannya juga mula merosot sejak awal Oktober 2022 hingga hilang penglihatan.

Sekadar info, sebelum bergiat aktif dalam dunia lakonan pada tahun 1995, Pak Lan pernah bekerja sebagai guru.

Antara filem lakonananya ialah Munafik 2, Anak Perjanjian Syaitan, Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda, Sembilu II dan Gerak Khas The Movie.

Sumber: Sinar Harian