Wanita ini hampir putus hidung, doktor terpaksa bedah plastik ganti dengan kulit dahi. Semua gara-gara...

Iklan

TIADA angin, tiada ribut seekor anjing peliharaan yang dijaga dengan penuh kasih sayang selama 11 tahun tiba-tiba bertindak ganas!

Iklan
Iklan

Wanita berasal Nevada, Amerika Syarikat barat mengalami kecederaan serius selepas diserang oleh haiwan peliharaannya sendiri, menjadikan ia detik yang tidak dapat dilupakan.

Shayna Crimo berkata, beliau tidak pernah menyangka anjing kesayangannya itu akan bertindak demikian.

Iklan

Wanita berusia 31 tahun itu berkongsi anjing belaannya itu bertindak agresif hanya beberapa hari sebelum anjing lain jenis Pit Bull miliknya dijadualkan untuk ditidurkan akibat kanser.

Iklan

Sebelum kejadian, Crimo baru pulang ke rumah selepas menghadiri kelas melukis dan minum bersama rakan-rakannya dan bersiap untuk tidur.

Bagaimanapun, Crimo sempat memberikan pelukan dan ciuman kepada anjing yang sudah dibela sejak 11 tahun yang lalu.

Menurut Crimo, anjingnya tidak menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan atau reaksi negatif ketika beliau memeluknya.

Namun dalam sekelip mata, suasana berubah apabila anjing baka Catahoula Leopard Dog itu tiba-tiba menerkam dan menggigit hidungnya lalu mengoncangkannya sekuat hati!

"Jika dia tidur dan waktu malam, dia tidak mahu seseorang di hadapannya. Saya belajar ini kerana dia akan marah kepada saya, jadi saya berhenti melakukannya,"katanya.

Akibat insiden tersebut, hidung Crimo hampir hilang sepenuhnya.

Doktor terpaksa menjalankan pembedahan plastik forehead flap, yang mana kulit dari dahinya digunakan untuk membentuk semula hidungnya.

Walaupun hampir cacat sepenuhnya di bahagian muka, Crimo langsung tidak menyimpan dendam terhadap anjingnya yang bernama, King.

Dia tetap bertekad menjaga haiwan berkenaan sehingga ke akhir hayat.

"Anjing ini membesar dengan saya selama lebih sedekad... mereka adalah anak saya pada dasarnya.

"Dengan situasi sekarang, (kecederaan), saya lebih suka tinggal di rumah dan tidak berdendam dengan anjing saya," kata Crimo.