Rezeki lepas menyamar jadi pramugari Batik Air, Khairun Nisya ditawar latihan akademi penerbangan

Iklan

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Pasti ramai masih mengingati kisah gadis seberang yang menyamar sebagai pramugari baru-baru ini.

Selepas menerima sorotan dunia susulan penyamaran sebagai kru kabin Batik Air Indonesia, Khairun Nisya, 23, khabarnya lembaran baharu dalam hidupnya dengan  menimba imu berkaitan pramugari secara percuma.

Iklan
Iklan

Dia ditawarkan pendidikan pramugari secara percuma oleh Aeronef Academy, sebuah institusi latihan awak kabin yang berpengalaman di Indonesia.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran rasmi akaun media sosial @aeronefacademy.official di platform Threads, yang turut menyampaikan kata-kata motivasi buat gadis berkenaan.

Iklan

"Mungkin Kak Nisa sedang bersedih, namun perlu diketahui bahawa kegagalan bukanlah pengakhiran segalanya, sebaliknya permulaan kepada kisah baharu yang lebih hebat," tulis Aeronef Academy.

Iklan

Dalam hantaran sama, akademi berkenaan menawarkan kursus percuma sebagai sokongan agar Nisya berpeluang merealisasikan cita-citanya.

"Kami tahu salah satu tanggungjawab seorang anak yang berbakti ialah membanggakan ibu dan ayah. Mari kita berjuang bersama.

"Untuk itu, kami secara rasmi memanggil Kak Nisa untuk mengikuti Pendidikan Pramugari (100 peratus percuma) di Aeronef Indonesia. 

"Kami ingin membantu Kak Nisa mewujudkan mimpi mengenakan seragam pramugari yang sesungguhnya dengan bekal ilmu dan pensijilan rasmi," titipnya.

Sementara itu dakwaan Nisya ditawarkan pekerjaan oleh Garuda Airlines adalah berita palsu.

Terdahulu Nisya mengakui terpaksa memakai seragam Batik Air untuk memperlihatkan dia sebagai anak kapal syarikat berkenaan kepada ibu bapanya selepas gagal temuduga.

Dia yang memakai seragam kru kabin dalam penerbangan dari Palembang ke Jakarta baru-baru ini telah gagal memberi jawapan yang konsisten dan selari dengan standard. Malah corak skirt berlainan menimbulkan kecurigaan.