Wanna Ali kini isteri Khairul Amri, terima mas kahwin 10 dinar emas, sebentuk cincin

Iklan

AKTRES Wanna Ali sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Khairul Amri Tan Sri Datuk Sri Khalid dalam satu majlis di Petaling Jaya pada Ahad.

Anak penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh itu menerima mas kahwin berupa 10 dinar emas dan sebentuk cincin serta telah dinikahkan jurunikah, Ustaz Abdus Salam Mahmud dengan berwalikan bapanya, Mohd Ali kira-kira jam 10.40 pagi.

Iklan
Iklan

Dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup itu, Wanna yang ayu memakai sepersalinan putih rekaan Ezuwan Ismail.

Iklan

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran bagi perkahwinan pelakon berusia 28 tahun itu tidak dikongsikan kepada umum.

Iklan

Sementara itu, satu majlis resepsi difahamkan akan diadakan di lokasi yang sama pada malam nanti

2 Februari lalu, Wanna berkongsi secara terbuka memaklumkan dirinya sudah mengikat tali pertunangan pada 9 November 2024 namun merahsiakan tarikh perkahwinan.

Sekadar info, Khairul Amri merupakan anak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.