Anak bongsu Ayu Raudhah, Zaquan Adha meninggal dunia. 'Doakan kami kuat...'

Iklan

TAKZIAH buat pelakon Ayu Raudhah dan suaminya bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha yang baharu sahaja kehilangan anak bongsu mereka hari ini.

Berita duka itu disampaikan oleh Zaquan menerusi kiriman di Insta Story miliknya sebentar tadi.

Iklan
Iklan

Iklan

"Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini," katanya.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai pemergian anaknya itu tidak didedahkan.

Iklan

Muhammad Aisy Al Rees dilahirkan pada 2 Ogos 2024 dengan berat 2.3 kilogram.

"Kejadian berlaku lebih kurang jam 1 petang tadi, Ayu terus hubungi talian kecemasan bila lihat anaknya tidak sedar.

"Anaknya meninggal dalam tidur. Sekarang jenazah masih berada di Jabatan Forensik Hospital Rembau.

"Harap dapat dikebumikan malam ini juga,” ujarnya.

Tambah Che Ta, pemergiaan Aisy Al Raees sememangnya amat memberi kesan kepada seluruh keluarga dan dia sendiri mempunyai hubungan yang cukup akrab.

"Boleh dikatakan setiap minggu Ayu dan anak-anak datang bermalam di rumah saya. Jadi hubungan saya dan anak-anak Ayu memang sangat rapat,” katanya.

Sekadar info, Ayu atau nama penuhnya Raudhah Che Wan dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, Muhammad Aisy Al Jibreel dan anak keenam yang berusia dua tahun.