RAMADAN bukan sekadar bulan ibadah dan ketakwaan, tetapi juga waktu di mana rakyat Malaysia meraikan pelbagai juadah enak bersama keluarga dan rakan-rakan.
Namun, di sebalik keenakan hidangan berbuka dan sahur, penting untuk kita memberi perhatian kepada kesihatan dan keseimbangan pemakanan.
Memahami keperluan ini, Gerakan Kalori Kurang, Raya Lebih Riang hadir sebagai inisiatif yang bertujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia tentang cara mudah dan praktikal untuk menikmati makanan dengan lebih sihat tanpa mengorbankan rasa atau tradisi.
Sementelah, Malaysia kini mencatat kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara, satu realiti yang memerlukan tindakan segera.
Apatah lagi dengan bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai hidangan tinggi kalori seperti murtabak, kuih-muih, dan bubur lambuk yang boleh mencecah sehingga 700 kalori sehidangan, tidak hairanlah ramai yang mengalami kenaikan berat badan meskipun berpuasa.
Pakar Diet Klinikal Avisena Women and Children’s Specialist Hospital, Nor Syafiqah Zainal, menjelaskan bahawa berbuka dengan makanan tinggi lemak dan berminyak boleh menyebabkan masalah pencernaan dan peningkatan berat badan.
"Badan akan memperlahankan metabolisme untuk menjimatkan tenaga semasa berpuasa, menjadikan lebihan kalori lebih mudah disimpan sebagai lemak. Namun, dengan perubahan kecil seperti mengurangkan minyak dalam masakan, kita masih boleh menikmati juadah tradisional tanpa rasa bersalah," ujarnya.
Program tersebut memfokuskan kepada perubahan kecil tetapi berimpak besar dalam tabiat pemakanan.
Salah satu kaedah yang diperkenalkan ialah penggunaan tisu dapur Scott Calorie Absorb yang mampu menyerap lebihan minyak sehingga enam sudu teh daripada makanan bergoreng. Dengan langkah mudah ini, makanan kekal enak dan rangup, tetapi dengan kalori yang lebih rendah.
Untuk menyampaikan mesej ini secara meluas, inisiatif ini turun padang ke bazar-bazar Ramadan, berkolaborasi dengan peniaga tempatan bagi menunjukkan cara mudah mengurangkan minyak berlebihan dalam makanan.
Pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi secara langsung bagaimana hanya dengan menekap tisu dapur pada makanan, lebih satu sudu teh minyak boleh diserap serta-merta.
Ia juga berlangsung di bazar-bazar utama sekitar Lembah Klang. Pengunjung bukan sahaja dapat menyaksikan demonstrasi memasak secara langsung, tetapi juga menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti cabaran ‘Spin the Wheel’ untuk memenangi hadiah eksklusif bertemakan Raya.
Malah, maskot Scott Kitchen Towel turut membuat penampilan istimewa bagi menceriakan suasana bazar. Selain itu, inisiatif ini turut diperluaskan ke platform digital, yang mana lebih 10 pencipta kandungan berkongsi resipi-resipi sihat dan mudah sepanjang Ramadan.
Bagi yang ingin mencuba sendiri, jangan lupa kunjungi Bazar Ramadan USJ 4 dari 13 hingga 15 Mac 2025 untuk turut serta dalam pengalaman menarik ini!
Dalam masa sama, Kimberly-Clark turut menjalankan promosi raya dengan pelbagai hadiah menarik.
Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 untuk produk terpilih akan menerima pinggan pencuci mulut eksklusif, manakala mereka yang berbelanja minimum RM20 berpeluang menyertai peraduan Gold Bar bernilai RM50,000.