TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim yang kini sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Khalizah Alihan.
Berita gembira pernikahan pasangan berkenaan menjadi bualan apabila beberapa keping foto dikongsi oleh jurusolek bernama Hanie tular menerusi laman sosial Instagram.
Lapor mStar, upacara ijab kabul pasangan itu berlangsung di kampung halaman pemenang tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016 itu di Jitra, Kedah pada pagi Rabu.
Berita pernikahan mereka mula menjadi bualan apabila beberapa keping foto dikongsi oleh jurusolek bernama Hanie menjadi tular di Instagram.
Difahamkan, Hanie bertanggungjawab mendandan untuk Khalizah untuk hari bahagia mereka.
"Betul mereka dah nikah di Kedah tapi saya tidak boleh beritahu secara terperinci.
"Biarlah Fikry yang kongsikan sendiri," jawabnya ringkas.
Terdahulu, tular beberapa keping foto memperlihatkan aktor berusia 31 tahun itu bersama pasangannya itu bernikah dalam satu majlis di sebuah masjid.
Laman sosial Laman Pokok Bunga berkongsi sebuah video memaparkan pelakon terkenal, Fikry Ibrahim bersama seorang wanita yang anggun mengenakan busana pengantin serba putih.
Difahamkan pasangan ini sah disatukan dengan sekali lafaz.
Sementara itu, Fikry ketika dihubungi portal berkenaan meminta diberi sedikit masa untuk berkongsi berita gembira berkenaan.
"Saya tengah sibuk. Nanti saya jawab," katanya.