Diuji masalah tunggakan pinjaman. Che Ta syukur kini kembali di pentas fesyen. 'Banyak jenama setuju tapi berlalu sepi...'

Iklan

NAMA pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan tidak lagi asing dalam industri seni tanah air.

Iklan
Iklan

Namun, isu tunggakan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang melibatkan isteri kepada Zain Saidin itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada perjalanan kariernya.

Menurut pelakon jelita berusia 52 tahun itu, beberapa jenama yang sebelum ini telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dengannya bertindak menarik diri pada saat-saat akhir.

Iklan

Keputusan itu sudah tentu memberi tamparan hebat buatnya, namun beliau tetap tenang dan tidak mudah melatah.

Iklan

"Rezeki untuk saya. Di saat isu saya yang tengah panas, banyak jenama yang telah setuju tapi berlalu sepi,” katanya ringkas.

Pemilik nama Rozita Abu Bakar itu sentiasa berfikiran positif lebih-lebih lagi apabila masih ada lagi jenama yang meletakkan kepercayaan kepadanya untuk menjadi wajah kempen fesyen.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta kini dilamar sebagai wajah utama koleksi Ariani Luxe 2025.

"Ariani beri saya peluang untuk berada di sini. Saya rasa bersyukur dan bertuah.

"Antara ramai selebriti, saya yang dipilih. Harap kolaborasi ini dapat memberi impak yang terbaik,” katanya lagi.

Sebelum ini, nama ibu kepada tiga cahaya mata itu menjadi bualan ramai selepas dikaitkan dengan dakwaan gagal melunaskan pinjaman hampir RM1 juta.

Keadaan bertambah hangat apabila pihak Mara dilaporkan telah menyerbu banglonya bagi tujuan penyitaan pada 10 Disember tahun lalu.

Namun, pelaksanaan penghakiman tersebut akhirnya ditangguhkan selepas pelakon berkenaan membuat sebahagian pembayaran sebanyak RM550,000.

Selebihnya dijangka perlu dilangsaikan dalam tempoh tiga bulan iaitu sebelum penghujung Mac 2025.