SEORANG ibu berhadapan dengan 20 pertuduhan dalam kes kematian anak perempuannya, Evelyn Mae Boswell.
Sebelum ini, Megan Boswell mendakwa bayi yang berusia 15 bulan itu hilang akibat dibawa lari oleh rakan yang juga pengasuhnya sendiri pada Disember 2019.
Memetik laporan Court TV, berita kehilangan cahaya mata perempuannya itu turut dihebahkan secara meluas menerusi media sosial Facebook. Megan pula tidak membuat laporan polis kononnya berasa takut jika Evelyn diapa-apakan.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Walau bagaimanapun, bapa Megan iaitu Tommy nekad memfailkan laporan polis mengenai kehilangan cucunya pada Februari 2020. Pendedahan itu akhirnya membongkar perbuatan jenayah yang dilakukan oleh Megan.
Ketika soal siasat berlangsung, polis mula merasa curiga kerana wanita itu kerap bertukar-tukar keterangan apabila ditanya mengenai detik-detik kehilangan Evelyn.
Setelah itu, Tommy memberikan informasi kepada pihak berkuasa mengenai sebuah ruang stor penyimpanan barang yang dibina berdekatan rumahnya.
Sewaktu mereka tiba di sana, terdapat sebuah tong sampah yang nampak meragukan. Apabila diperiksa, mereka dikejutkan dengan penemuan tubuh Evelyn yang sudah membusuk.
Rupanya selama ini, Megan yang beria-ia merayu agar anaknya dikembalikan merupakan dalang sebenar di sebalik kehilangan itu.
Dengan masih berbaju bayi, kepala Evelyn telah dibungkus dengan kertas aluminium. Tubuhnya kemudiannya dibalut selimut dengan sangat ketat sebelum disumbat ke dalam tong sampah.
Sewaktu ditemui kali pertama, pihak berkuasa berkata Evelyn sudah mereput dan dengan tubuh sangat leper. Saat itu, Megan sekali lagi memberikan maklumat palsu kononnya Evelyn tidak sengaja dihempap ketika tidur dengan teman lelakinya.
Berdasarkan keterangan beberapa saksi, Megan sepertinya tidak menjaga Evelyn dengan baik sewaktu masih hidup. Mereka dapat menghidu bau busuk Evelyn yang tidak terurus selain pernah mendengar wanita tersebut bercakap jahat tentang si kecil itu.
"Jangan marah saya bila saya cakap ini, tapi saya rasa awak tak berkata benar,” kata bapanya kepada Megan dan merayu supaya berhenti dengan"pembohongan mengarut.”