SEMALAM kita dihebahkan dengan majlis pernikahan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang berlangsung secara tertutup di Taiping, Perak.
Dalam majlis yang penuh kegembiraan itu, terselit momen menyentuh hati ketika Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak dilihat sedang memohon restu ayahnya yang berada di atas kerusi roda.
Video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok itu menarik perhatian dan menimbulkan kesedihan orang ramai apabila ayah kepada aktor berusia 33 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak.
Sebak! Tular video Syafiq Kyle mohon restu ayah sebelum nikah. 'Patutlah Mimi sanggup tunggu dia'
Iklan