'It’s a girl...'Umisya Mazlan selamat lahirkan anak ketiga

Iklan

PASANGAN sensasi Umisya Mazlan dan Ahmad Aslam selamat menimang cahaya mata perempuan sekitar jam 8 malam pada Isnin.

Iklan
Iklan

Khabar manis ini mula dikongsikan oleh kakak Umisya, Sella Mazlan, menerusi hantaran di Instagram Story sebelum disahkan sendiri oleh Umisya.

"Alhamdulilah adik kami, Umisya Mazlan selamat melahirkan bayi perempuan.

Iklan

"Doakan Umisya dan bayi diberi kesihatan oleh Allah SWY. Tak sabar nak tengok esok,” katanya.

Iklan

Dalam hantaran penuh bermakna itu, Umisya memuat naik gambar belon bertulis"It’s a girl" yang diletakkan di hujung katil hospital sebagai simbolik kegembiraan menyambut kehadiran puteri sulung mereka.

Sementara itu, Umisya meluahkan rasa syukur apabila urusannya dipermudahkan selain berterima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakannya.

"Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan Misya, dah selamat melahirkan," luah Umisya penuh rasa syukur.

Menerusi hantaran lain, ibu kepada tiga cahaya mata itu dikatakan tidak mengalami sebarang tanda bersalin pada hari kejadian.

Namun masih tidak didedahkan sama ada kelahirannya secara normal atau pembedahan.

Terdahulu, madu kepada Marissa Dania Hakim seakan-akan tidak sabar menimang cahaya mata ketiganya itu apabila sakan membuat persiapan menyambut ahli baharu bersama suami tercinta.

SinarPlus turut mengucapkan tahniah buat pasangan ini! Semoga si kecil membesar dengan sihat dan menjadi penyeri dalam kehidupan mereka.