Rina dah jadi kakak! Maryam selamat bersalin, bayi kongsi tarikh lahir sama dengan omma

Iklan

PASANGAN yang terkenal dengan gelaran Durian Kimchi, Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim selamat menimang cahaya mata kedua.

PASANGAN yang terkenal dengan gelaran Durian Kimchi, Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim selamat menimang cahaya mata kedua.

Menerusi perkongsian Ryzal di Instagram miliknya, putera mereka selamat dilahirkan pada Rabu jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta. Menariknya, bayi seberat 3.67 kilogram itu berkongsi tarikh lahir sama dengan ibunya.

Iklan
Iklan

"19th February 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19th February 1992,” tulis Ryzal.

Iklan

Dalam pada itu, dalam perkongsian yang sama beliau turut meluah rasa syukur dan berharap mereka suami isteri mampu menjaga amanah yang diberikan.

Iklan

"Syukur dengan anugerah dan rezeki ALLAH kurniakan, semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami,” jelas beliau.

Dalam pada itu, ruangan komen perkongsian tersebut dilimpahi dengan ucapan selamat dengan kelahiran bayi comel tersebut.