SETIAP orang mempunyai bahasa cinta (love language) mereka tersendiri. Tidak semua pandai untuk mempamerkan bersifat romantik bersama terhadap pasangan. Ini termasuklah bagi penyanyi, Datin Alyah dan suaminya Datuk Ramli MS.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan mengakui dirinya dan suami bukanlah pasangan romantis dalam perkongsiannya di Tiktok baru-baru ini.
"Kami tak pandai romantik tapi banyak belajar dari kesilapan lalu," tulis beliau.
Namun begitu, isteri kepada maestro muzik terkenal negara itu turut meluahkan rasa syukur dengan aturan ALLAH SWT dan mengambil pengajaran di atas setiap perkara yang berlaku.
Alyah akui bukan pasangan yang pandai romantik. 'Banyak belajar dari kesilapan lalu'
Iklan