WARGANET dikejutkan dengan pengakuan usahawan popular, Noor Kartini yang kini menghidap kanser.
Ibu kepada selebriti popular Neelofa berkongsi berita itu ketika dalam satu temu bual di Instagram doncakap. Jelas beliau lagi, hal tersebut hanya diketahui keluarga terdekat sahaja.Menerusi temu bual berkenaan, wanita berusia 58 tahun itu diminta oleh doktor untuk membuat biopsi disebabkan keputusan mammogramnya yang kurang memuaskan.
"Sebenarnya cerita ni belum diceritakan, kita famili terdekat je yang tahu. 17 hari bulan dapat report yang mama kena pergi buat biopsi mammogram kurang cantik.
"20 hari bulan doktor call cakap keputusan biopsi dah dapat, result dah keluar. Doktor. kata awak disahkan kanser payudara peringkat pertama," dedahnya.
Reaksi anak-anak
Ibu kepada sembilan cahaya mata berkenaan turut berkongsi reaksi anak-anak apabila mendapat berita duka tersebut.
Menurut beliau, anak-anaknya meminta supaya berehat daripada perniagaan dan fokus kepada proses penyembuhan.
"Anak-anak dah nangis semua, suami tak boleh tidur. Duduk macam pelik. Tak pernah terfikir tentang kanser, rasa macam tersedar, oh aku pun dapat kanser," ungkapnya.
Iklan
Akuinya,apa yang ALLAH bagi adalah satu anugerah."Satu kejutan jugalah kan, jadi rasa macam tersedar. Waktu doktor minta buat biopsi, ingatkan lump atau cyst, memang satu persen pun tak terfikir itu adalah kanser.
"Jangan ingat sesuatu benda itu tidak akan berlaku kepada kita. Apapun boleh jadi dengan kehendak ALLAH," ujar Noor Kartini lagi.