KISAH keakraban antara Syed Saddiq dan Bella Astillah umumnya sudah diketahui seluruh netizen di Malaysia. Sejak video dan gambar berdua mereka tersebar, pelbagai tanda tanya dan juga usikan dikenakan terhadap mereka.
Terbaru, mereka dikatakan sama-sama menjadi duta kepada jenama fesyen tempatan terkenal, Primavalet. Disebabkan itu, aksi Ahli Parlimen Muar dan pelakon kecil molek ini memakai baju Melayu serta baju kurung mendaki Gunung Kinabalu bersama telah menarik perhatian warga maya.
Usikan ini bukan sahaja disuarakan oleh netizen malah Perdana Menteri Malaysia juga tidak terkecuali. Melalui perkongsian video pendek di Instagram Syed Saddiq sewaktu sidang Parlimen beliau bertanya soalan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang masalah banjir di negara ini dan apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah tersebut.
"Terima kasih Muar. Tak pakai baju Melayu ya hari ini” gurau Datuk Seri pada permulaan bicara menjawab soalan. Usikan itu berterusan dengan kedengaran beberapa ahli parlimen di dalam dewan menjerit nama Bella.
Perkara ini mencuit hati netizen. Ada yang berkata:
"Nasib baik PM tak tanya mana Bella”
"Hahahahaha PMX pun nda ketinggalan mengikuti perkembangan semasa”
"PM pun dah accept...tunggu apa lagi boss ku”
"Terikut sengih sekali”
"Comel lah dia punya blushing tu”
Dilihat mesra seperti pasangan bercinta namun kedua-dua figura ini mengambil langkah mengunci mulut bari megelakkan sebarang spekulasi. Mereka mohon peminat mendoakan perkara yang positif tentang mereka bedua.