‘Jemput Makan’ kembali dengan menu istimewa buka puasa berkonsep 1001 Arabian Night

Iklan

PENING memikirkan pelbagai promosi hidangan yang menarik sepanjang Ramadan ini. Setiap tempat menyajikan menu yang pastinya membuatkan anda rambang mata. Sebelum memilih lokasi mana yang menjadi idaman, pastikan bajet mengikut kesesuaian poket anda.

Iklan
Iklan

Sama ada di Lembah Klang mahu pun di Kuala Lumpur, terlalu banyak pilihan berbuka puasa yang boleh anda masukkan dalam senarai. Antaranya di Hotel Sunway Resort, Bandar Sunway, Petaling Jaya. Tak jauh mana pun tempatnya.

Apa yang penting ianya berdekatan dengan pasaraya besar dan ada menyediakan surau untuk memudahkan anda menunaikan solat maghrib sebelum sambung semula makan bersama insan tersayang.

Iklan

Apakah menu istimewa yang ada di sini? Konsep kali ini bertemakan 1001 Arabian Night semestinya lauk-pauk dari Timur Tengah. Hidangan yang tidak asing lagi sudah tentu kambing panggang bersama Maqluba. Nasi arab beraroma bersama daging dan sayur-sayuran.

Iklan

Tidak lupa juga, rasa keenakan Ayam Fatteh yang mana kepingan ayam dimakan sekali bersama roti pita yang rangup, yogurt lemak berkrim dan kacang kuda berlada. Anda juga boleh rasa sendiri keunikan Havj Polo (nasi lobak Parsi) dan juga Turkish Pide. Semua hidangan ini pasti memikat selera anda.

Makan sambil ditemani dengan hiasan menakjubkan berkonsep istana zaman silam Timur Tengah semestinya menjadikan pengalaman berbuka puasa kali ini menjadi memori indah yang tidak dapat dilupakan.

Dengan harga RM248 untuk dewasa dan RM124 untuk kanak-kanak bermula 1 Mac sehingga 30 Mac 2025 dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam anda sudah boleh mula membuat tempahan mulai sekarang. Jangan lupa ajak seluruh keluarga dan kawan-kawan untuk berbuka puasa bersama.