BILA dah mula sesi persekolahan ini, memang banyak la ragam anak-anak di sekolah yang kita dengar.
Tidak terkecuali, Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut berkongsi beliau berdepan dengan situasi 'cemas' anaknya, Noah yang menerima sepucuk surat daripada rakan perempuannya.
Dalam perkongsian di laman Instagram beliau, situasi janggal itu membuatkan ansk lelakinya itu meminta izin untuk tidak hadir ke sekolah kerana malu untuk berhadapan rakan sekelasnya itu.
"Noah mesej semalam semasa saya masih lagi di Sibu.
"Dia panik sebab ada seorang rakan perempuan yang menulis surat kepadanya.
"Surat itu mengandungi mesej ‘I Love You‘.
'Sekarang Noah tidak mahu ke sekolah kerana malu dan takut.
"Mereka baru darjah dua," tulis Dr Sheikh Muszaphar.
Namun begitu, yang menjadi perhatian juga dalam perkongsian tersebut cara beliau menasihatkan Noah untuk tetap ke sekolah dan berani berhadapan dengan rakannya itu.
Bukan hanya angkasawan negara itu, bahkan rata-rata netizen di ruangan komen turut terhibur dengan gelagat Noah yang tidak tenang dengan apa yang terjadi.
Selain itu, warganet turut memuji tindakan kanak-kanak tersebut yang berkongsi secara terbuka kepada ibu bapanya.
"Tak nak komen la bahagian lain tapi pandainya 8 tahun dah texting with Daddy and sharing everything. The relationship is so good here. Parents adalah bestfriend pertama anak anak dan this is one of the example. Semoga sentiasa dalam jagaan ALLAH"
"It’s amazing how kids express their feelings so openly and sincerely. Developing emotions and attachments is just part of growing up, they are innocent and pure!"
"Dahlah proposal rejected. Kena confront pulak confirm Noah tak lena tido!"
"Noah, kalau dia pretty girl sure tak adq masalah kan? Hahahha.. Daku dpt bayangkan Dr halina gelak sakan bila noah bgtau dia"