Isteri usahawan Ridzokumura meninggal dunia, sifat pemalu dan sopan Akiko Okumura jadi bualan netizen. 'Baru semalam tengok dia live'

Iklan

TERKEJUT dan tidak sangka berita yang diumumkan oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzokumura di akaun Instagram miliknya sejam yang lalu.

Iklan
Iklan

"Al-fatihah buat arwah isteri saya Akiko Okumura yang telah pergi meninggalkan saya dan anak selama-selamanya” luahnya ringkas dengan emoji sedih.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terkejut dan sedih dengan berita ini.

Iklan

"Baru semalam tengok live Akiko, betul ke ni Riz”

"Allahuakhbar. Salam takziah untuk Riz dan Sky. Betul-betul terkejut bila buka Instagram. Dah nak puasa ini tak sabar nak tengok menu sahur dan berbuka Sky. Semoga Riz sekeluarga diberikan kekuatan”

Iklan

"Semalam baru tengok dia live. Allahu. Sedihnya”

Walaupun begitu, punca kematian masih menjadi tanda tanya. Belum ada kenyataan rasmi lagi dari pihak keluarga.

Akiko Okumura yang dikenali sebagai mualaf yang sangat sopan dan pemalu ini sangat disenangi oleh netizen. Rata-rata mereka amat meminati caranya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.

Setiap tahun pasti netizen tidak sabar menunggu video rakaman anaknya, Sky bersahur dan berbuka puasa dengan juadah air tangan ibunya. Menu tradisi Jepun dengan hiasan yang cantik membuatkan hidangan tersebut seringkali mendapat pujian oleh orang ramai.

Ridzokumura atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50 telah mendirikan rumah tangga bersama Akiko yang merupakan wanita berasal dari Jepun pada tahun 2009. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura.