Sebak! Zarina Zainuddin usaha cari susyi untuk hidangan sahur istimewa Sky Taizo Okumura. 'Saya cuba buat macam ibu awak…’

Iklan

SUASANA sahur pagi tadi mengundang sebak ramai apabila pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin, 55, bersungguh-sungguh menyediakan hidangan khas buat anak saudaranya, Sky Taizo Okumura, 13.

Bukan sekadar hidangan biasa, tetapi sesuatu yang membawa makna mendalam—menu Jepun yang mengingatkan Sky kepada air tangan arwah ibunya, Allahyarham Akiko Okumura atau nama Islamnya, Nur Aishah Abdullah.

Iklan
"Sky, saya tidak tahu untuk buat macam ibu awak tetapi saya berusaha mencari susyi semalam. Juadah itu seakan-akan hidangan yang disediakan ibu awak,” kata Zarina dalam sebuah siaran langsung.

Kata-kata itu menusuk hati ramai. Melihat remaja itu menyuap makanan tanpa kehadiran ibunya buat pertama kali, mata warganet berkaca.
Sky baru kehilangan ibunya tiga hari lalu. Rasa sunyi dan kekosongan jelas terpancar di wajahnya. Setiap kali melihat makanan Jepun, pasti kenangan bersama arwah ibunya berputar kembali.

Dalam hantaran di Instagram, bapa Sky, Ridzuan Ridzokumura, turut berkongsi perasaan hiba."Ya ALLAH , berikan aku dan anak aku kekuatan.”
Beliau juga memaklumkan bahawa Sky masih belum pulang ke rumah mereka kerana emosinya masih belum stabil.

Setiap kali insan yang rapat datang menziarahi, air mata si kecil itu gugur tanpa henti.
Iklan
Kesedihan Sky menyentuh hati ramai. Rata-rata warganet mendoakan agar beliau terus kuat menghadapi kehidupan tanpa ibu tersayang.
'Sedihnya tengok Sky. Rindu yang menyakitkan. Semoga semua baik-baik dan diberi kekuatan luar biasa.

'Tak boleh berhenti air mata tengok Sky. Semoga ALLAH rawat hati awak, sayang.

Sebak, sayu, dan penuh emosi. Itulah yang dirasai ramai apabila melihat kasih sayang seorang ibu saudara yang cuba mengisi ruang kosong dalam hati seorang anak kecil.

Semoga Sky terus tabah. Kehilangan ini pasti berat, tetapi dia tidak bersendirian. Ada kasih, ada doa, dan ada insan yang tetap akan menjaganya.