Kembara Selera Asia memberi kelainan dengan menyajikan hidangan berbuka puasa dari 7 buah negara

Iklan

TERLALU banyak konsep yang disediakan oleh pihak hotel untuk menarik minat pelanggan bagi memeriahkan sesi berbuka puasa. Selepas bertahun membuat perkara yang sama, kali ini Hotel Le Quadri Kuala Lumpur by UCSI membuat kelainan dengan mengetengahkan konsep Kembara Selera Asia.

Namun jangan risau, anda masih boleh menikmati menu tradisional Melayu di sini. Menampilkan barisan cef berpengalaman dengan diterajui oleh Cef Ahjoy dan Mohd Ariffudin, mereka menjadi tunjang utama di barisan hadapan dan semestinya hidangan yang disediakan bukan calang-calang meriah.

Iklan
Iklan

Juadah seluruh Asia yang merangkumi makanan eksotik Timur Tengah, nasi mandi kambing, kebab daging dan ayam serta roti pita. Tidak dilupakan juga, menu mempesonakan dari India seperti apam bersama kuah dal kelapa, daging varuval dan juga tandoori ayam.

Anda perlu cuba juga selera Thailand seperti sup tomyam, ayam Thai basil, kerabu betik dan nasi nanas, manakala keunikan masakan Cina hadir dengan menu itik panggang, pelbagai jenis dim sum dan yong taufu. Dapatkan juga aneka sushi, daging bulgogi, sate ayam teriyaki dan chawanmushi mewakili keunikan hidangan Jepun.

Iklan

Selera Melayu tidak akan dilupakan. Rasai sendiri kesedapan sup gearbox, bubur lambuk, roti john, kari ayam nyonya, kerang masak cili, siakap masak lemak dan kambing perak dimasak bersama lada hitam.

Iklan

Sudah kenyang dengan menu utama, boleh menjamu selera menikmati hidangan manisan tradisional termasuk kuih ondeh-ondeh, sagu gula Melaka, kuih sapit, kuih lenggang dan banyak lagi.

Pelbagai jenis sambal turut disediakan bagi menaikkan lagi selera anda.

Disebabkan kedudukan hotel berkenaan yang berada di kawasan kampus dengan pelajarnya berbilang kaum dan bangsa termasuk pelajar antarabangsa, maka pemilihan konsep Kembara Selera Asia dilihat amat bertepatan.Baca sahaja setiap menu yang disediakan sudah membuatkan anda kecur air liur.

Tunggu apa lagi? Buat tempahan sekarang untuk mendapatkan harga rahmah berbuka puasa di hotel tersebut bermula pada harga RM88.

Promosi tersebut telah pun bermula sehingga 7 Mac ini.

Selepas tarikh tersebut, anda perlu membayar RM118 untuk seorang dewasa.

Anda boleh mengajak kawan-kawan mahu pun keluarga untuk bersama-sama meraikan berbuka puasa di tempat yang selesa sebegini yang dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu.

Mungkin anda juga mahukan kelainan untuk tahun ini. Apa kata bawa keluarga bermalam dan bersahur di hotel.

Sesekali 'beli' jiwa insan tersayang dengan hadiah sebegini pasti menjadi momen indah buat sekeluarga!

Berita baik buat anda, Hotel Le Quadri Kuala Lumpur by UCSI ada menyediakan pengalaman sedemikian yang bermula pada harga RM180 bagi penginapan dua hari satu malam untuk dua orang.