Bonda Rozita didakwa sudah kahwin baru, menantu enggan ulas kes cerai.'Suami baru nampak lebih muda...'

Iklan

Iklan
Iklan

NAMA usahawan,Rozita Ibrahim kembali mencuri perhatian apabila tular sebuah video memaparkan dirinya berpegangan tangan dengan seorang jejaka misteri.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok itu, ibu kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri kelihatan menggenggam tangan jejaka berkenaan sambil menghayunkannya, mencetuskan pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Iklan

Ini bukan kali pertama khabar angin sebegini timbul.

Sebelum ini, tersebar dakwaan bahawa Rozita atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita berkahwin dengan abang kepada aktres Rebecca Nur Al Islam.

Iklan

Spekulasi liar itu bertambah kuat apabila Rebecca sendiri meninggalkan komen di media sosial, menggelar pengasas Jamu Ratu itu sebagai"kakak iparku” seolah-olah memberi bayangan ada kebenaran di sebalik gosip yang bertebaran.

Lebih mencuri tumpuan, netizen mula membuat spekulasi apabila sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang Bonda Rozita ketika beliau melakukan siaran langsung mempromosikan produk di dalam sebuah bilik hotel.

Menantu beliau, Datin Seri Shahida, pula memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan ini.

Katanya, lebih baik bertanya kepada tuan empunya badan kerana beliau tidak mahu terbabit dalam spekulasi yang semakin hangat.

"Saya tidak menidakkan atau mengiyakan, kalau boleh biar tuan badan sendiri (ibu mentua) yang membuka cerita," katanya.

Malah, kisah lama mengenai penceraian Bonda Rozita bersama suami sebelum ini juga dibiarkan tanpa penjelasan, kerana beliau bukanlah individu yang tepat untuk mengulasnya.

"Sebenarnya saya bukan individu yang layak untuk bercerita soal ini kerana saya hanya sebagai menantu. Saya tidak boleh banyak bercakap kerana isu ini sangat sensitif,” ujarnya.