BAGI yang mengikuti pasangan selebriti Johan dan Ozlynn di media sosial, semestinya tahu bahawa mereka begitu menitikberatkan tentang agama terhadap anak-anak yang mana sering mengaji dan solat berjemaah bersama keluarganya.
Baru-baru ini, Ozlynn atau nama sbenarnya Rozlinawaty ada berkongsi suaminya di Tiktok yang merupakan penyampai radio dan juga pelawak itu mengingatkan pembantu rumah untuk mencari masa membaca al-Quran.
"Quran jangan lupa. Takkan setiap masa saya dan Maam (Ozlynn) nak ingatkan. Bila saya panggil semua jemaah harus tinggalkan semua kerja yang kamu tengah buat.
"Solat dulu, saya tak mahu di akhirat nanti helper cakap sibuk kerja sampai tak sempat solat dan mengaji. Kalau tak sempat mengaji, tolong cari ruang," tulis beliau.
Teguran itu dibuat kerana Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz enggan disoal di akhirat kelak. Pada masa yang sama, Ozlynn juga sempat memuji suaminya itu sebagai majikan yang baik.
"Saya tak nak di akhirat nanti kamu bilang sibuk kerja dengan saya sampai tak sempat solat dan mengaji Quran.. saya tak mahu di tuntut esok.
"Kalau mengaji tak faham, tanya Maam. Kalau Maam tak tahu, baru Maam akan tanya saya.
"Macam itu lah nasihat Johan pada pembantu. Bos yang paling susah nak marah.
"Itu lah momen dengan pembantu rumah, aku boleh cakap dia bos yang baik," tulis Ozlynn lagi.