Sanggup berbelanja besar, Kak KM hadiahkan rumah RM1 juta untuk anak-anak. 'Tak mahu mereka susah bila saya 'pergi'...'

Iklan

NAMA usahawan sensasi, Kak KM sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi!

Sikapnya yang dermawan dan kerap memanjakan anak-anak dengan hadiah mewah sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan pengikut setianya.

Iklan
Iklan

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli sekali lagi menarik perhatian ramai apabila sanggup berbelanja besar sehingga RM1 juta dengan membeli sebuah kediaman mewah untuk setiap anaknya.

Menurut Kak KM, keputusan membeli rumah untuk insan tersayang lahir daripada pengalaman perit masa lalu.

Iklan

"Ini adalah niat pertama saya waktu susah, sebelum saya berniaga lagi. Sampai bila kami nak menyewa? Anak-anak pula terpaksa berkongsi bilik. Saya ada anak perempuan dan anak lelaki, jadi mereka tak boleh duduk sebilik," katanya.

Usahawan berusia 44 tahun itu tekad memastikan keempat-empat cahaya matanya tidak melalui kesusahan yang pernah dialaminya sebelum ini.

Iklan

"Pemikiran saya berbeza dengan orang lain, semua yang saya mahu, saya dapatkan sendiri. Saya tahu jerih perih betapa susahnya nak cari wang sebab itu tak mahu anak-anak susah," ujarnya.

Anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu juga berkongsi pembelian rumah tersebut sebagai satu langkah persiapan masa depan sekiranya sesuatu berlaku kepadanya.

"Kita tak tahu masa depan macam mana, sama ada kita ini umur panjang atau pun tidak.

"Jadi saya buat persiapan awal, andai terjadi apa-apa dekat saya, saya tak mahu anak-anak terbiar.

"Insya-ALLAH kalau saya tiada pun saya tak mahu meninggalkan beban kepada mereka. Saya tak mahu apabila tiada nanti, mereka terkapai-kapai tak tahu nak duduk dengan siapa," kongsinya.

Tambahnya lagi, segala rezeki yang diperoleh selama ini adalah hasil usaha dan berkat membesarkan anak-anak yang juga amanah dari Tuhan.

Menurut pengasas Jamu Sweet Dara, pembelian rumah bernilai jutaan ringgit itu dianggap berbaloi memandangkan lokasinya di bandar Kuala Lumpur. Biarpun harganya tinggi, keselesaan anak-anak tetap menjadi keutamaan.

"Anggaran setiap sebuah rumah untuk seorang anak dalam RM1 juta. Kita hidup di kawasan Kuala Lumpur jadi harganya memang begitu dan yang penting selesa.

Belum ada yang tinggal seorang. Apabila mereka sudah berumah tangga barulah pindah," ulasnya.

Terdahulu, Kak KM berkongsi kegembiraannya memiliki rumah untuk anak-anaknya, Nabila (21), Faris (19), dan Rania (16).

Sementara anak bongsunya, Cinta Carissa yang kini berusia empat tahun, masih kecil dan pasti akan menerima perkara yang sama pada masa hadapan.