SETIAP tahun menjadi acara wajib setiap hotel untuk menyediakan makanan bufet Ramadan untuk pelanggan tersayang. Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre antara tempat pilihan ramai untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan mahu pun keluarga.
Restoran utama hotel ini, The Mesh, meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan jamuan berbuka puasa yang diilhamkan oleh budaya dengan konsep Pesona Klasik Dinner Buffet. Acara ini ‘dihidupkan’ semula pada tahun ini kerana telah dikenali oleh pelanggan setia dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong antarabangsa.
Ia adalah pameran unik inspirasi kolektif dan kehebatan kulinari chef restoran ini yang mana kenangan zaman silam di kampung mereka dihidang ke meja. Ia juga bagi memperingati musim perayaan yang dinantikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Menampilkan lebih daripada 60 hidangan etnik yang menghubungkan semula tetamu dengan pesona klasik masakan Malaysia, hidangan ini menawarkan banyak stesen langsung yang menampilkan rasa asli dari seluruh negara. Ini termasuk gulai tradisional, bubur lambuk, ayam percik Pok Nik, kambing bakar rempah giling, dulang kampung klasik, dan banyak lagi.
Anda boleh membuat tempahan sekarang dengan harga RM218 untuk seorang dewasa dan juga RM109 untuk seorang kanak-kanak.