Rahsia semakin jelita, Ezlynn akui hati tenang dan bahagia datang daripada suami. ‘Suami tak banyak kerenah, lauk ringkas pun okey’

Iklan

"SUBHANALLAH tabarakallah! Alhamdulillah, rezeki ALLAH. Rahsia semakin cantik ini, kita kena bahagia luar dan dalam. Hati kena tenang, barulah bahagia."

Demikian pengakuan penyanyi, pelakon, dan pengacara, Ezlynn ketika ditemui SinarPlus sempena majlis iftar di Singgahsana Glam Hall by Ani Catering di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.

Iklan
Iklan

Kongsi pemilik nama sebenar Azline Ariffin itu, kebahagiaan baginya datang daripada suami tercinta.

"Bila kita dapat orang yang memang satu hati, satu jiwa dengan kita, cukup memahami kita, alhamdulillah, rezekilah.

Iklan

"Saya tahu, di luar sana mungkin ada yang tidak mendapat nikmat seperti itu. Keberkatan yang ALLAH bagi, dan saya bersyukur sangat," katanya.

Iklan

Suri hati kepada Wan Mohd Hafizam, yang merupakan penderma hati pertama negara, itu akui bulan Ramadan lebih banyak meluangkan masa di rumah.

Selebriti berusia 43 tahun berkenaan berkata, beliau hanya fokus kepada hal rumah tangga jika tiada tuntutan jemputan nyanyian dan majlis berbuka puasa bersama anak yatim atau korporat.

"Saya akan bersiap untuk memasak lauk sahur dan berbuka. Suami tidak banyak kerenah, jadi bagi saya yang tidak pandai memasak ini, bolehlah buat lauk yang mudah-mudah sahaja seperti ayam masak kicap.

"Selain itu, saya suka buat pasta, ayam atau kambing panggang," ceritanya yang akan beraya di rumah keluarga mertua di Changlun, Kedah.

Sambil tersenyum manis, Ezlynn teruja kerana tahun ini giliran beraya bersama suami dan beliau memilih untuk pulang ke utara memandangkan ayah mertua kurang sihat.

"Mungkin cuti panjang dalam seminggu. Saya rancang nak balik sebelum trafik sesak sebab tak mahu tersangkut dalam kesesakan yang teruk.

"Bukan apa, saya pernah terperangkap dalam kesesakan selama 18 jam, jadi saya serik," katanya yang bakal tampil sedondon dengan suami tersayang.

Tatkala ditanya soal persiapan raya, beliau hanya menyediakan kelengkapan suami dan dirinya sahaja memandangkan urusan anak-anak diserahkan kepada madunya.

"Tahun ini, kami bertemakan biru cair dan ungu," katanya menutup perbualan.

Ezlynn sebelum ini pernah mendedahkan dirinya bermadu apabila suaminya, Wan Mohd Hafizam berkahwin dengan seorang doktor di Perlis pada Mac tahun lalu.

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu berkahwin dengan Wan Mohd Hafizam pada 11 September 2021.