PEJAM celik, kurang dari seminggu kita akan meninggalkan bulan Ramadan.
Pada 10 malam terakhir ini, umat Islam masing-masing mengejar satu malam yang kebaikannya melebihi seribu bulan, iaitu malam lailatulqadar.
Dalam kesempatan itu, ada juga yang memilih untuk menjalani ibadah umrah sambil menyambut Syawal di sana.
Ini termasuklah penyanyi Amira Othman, yang baru-baru ini dilihat berada di lapangan terbang untuk berangkat ke kota suci Mekah.


Perkara ini dikongsikan sendiri oleh adiknya, yang juga seorang penyanyi, Irfan Haris, menerusi perkongsian di Insta Story miliknya.
"Kakya orang baik setiap beberapa bulan, ALLAH jemput pergi Baitullah. Semoga Kakya mendapat umrah yang mabrur dan segala urusan dipermudahkan. Amin. Love you, Kakya, always," tulis Irfan di media sosialnya.
Sebelum ini, dilaporkan beberapa selebriti lain turut berangkat mengerjakan ibadah umrah, termasuklah anak kelahiran Sabah, Bella Astillah dan Didi Astillah.
Semoga ibadah umrah mereka yang berada di sana dipermudahkan dan diterima sebagai umrah yang mabrur.