Borong semua kuih, & bawa beli baju raya, Anzalna sebak bantu keluarga susah. 'Mereka cari rezeki tolong ibu sakit'

Iklan

SEBELUM ini, kisahnya tular apabila dilihat berasa sayu dan memeluk anak-anak kurang upaya ketika membeli-belah baju raya.

Walaupun dikenali sebagai selebriti terkenal tanah air dengan kehidupan yang serba mewah, Anzalna Nasir sekeluarga tidak kekok melayan golongan yang memerlukan.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsiannya semalam di akaun Instagram miliknya, dia memuat naik video yang merakamkan pertemuannya dengan sebuah keluarga di hadapan sebuah bank di ibu negara.

Keluarga tersebut dilihat menjual kuih raya sambil membawa anak kecil. Menurutnya, mereka mencari rezeki bagi membantu ibu yang sedang sakit.

Iklan

Iklan

"Alhamdulillah, diberikan rezeki untuk berkongsi rezeki dengan mereka. Saya bawa mereka membeli-belah baju raya.

"Selepas itu, mereka ingin menyambung jualan kuih raya, tetapi saya tidak benarkan. Saya membeli semua kuih raya itu dan mengajak mereka pulang ke rumah saya.

"Sementara menunggu suaminya datang mengambil mereka, saya menjemput mereka duduk di atas sofa, tetapi mereka menolak.

"Ketika hampir waktu berbuka dan makanan telah dihidangkan, saya menjemput sekali lagi untuk berbuka bersama, namun mereka tetap menolak pelawaan saya dengan baik.

"Maka, saya membungkuskan makanan tersebut untuk mereka bawa pulang ke rumah. Banyak barang yang perlu dibawa, dan suaminya hanya menaiki motosikal.

"Saya menawarkan diri untuk menghantar mereka pulang ke rumah, tetapi mereka enggan. Mereka lebih selesa menaiki kenderaan sendiri,” ujar Anzalna.

Beliau yang masih berasa kasihan cuba memujuk mereka untuk menerima bantuannya. Bagaimanakah mereka mahu membawa barang yang banyak dengan anak dua orang lagi?

Berlaku adegan tarik-menarik barang, tetapi mereka tetap berkeras tidak mahu menyusahkan Anzalna sekeluarga.

Situasi ini menyebabkan finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu berasa sedih dan menangis sebaik sahaja masuk ke dalam rumah kerana kecewa tidak dapat membantu mereka sebaiknya.

Dalam video tersebut, kelihatan Emirhan, anak kedua Anzalna dan Hanif Zaki, seronok melayan anak kecil yang berada di rumah mereka. Malah, sempat mencuit pipi anak itu yang lebih muda daripadanya.

Rasa tanggungjawab dan keikhlasan dalam membantu golongan yang memerlukan bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan oleh semua orang.

Netizen yang menonton video itu turut berasa sebak dan mendoakan yang terbaik untuk Anzalna sekeluarga.