HIDAYAH itu milik ALLAH. ALLAH akan beri hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki- NYA.
Sebagai hamba, sentiasa mencari ilmu, mendekatkan diri kepada-NYA dan berdoa agar diberikan petunjuk ke jalan yang benar.
Baru-baru ini, Primadona Erra Fazira menerusi perkongsian di rancangan 10 Malam Terakhir berkata, setiap Muslim perlu mendirikan solat seperti mana yang diperintahkan ALLAH SWT.
"Saya rasa bila ALLAH nak panggil kita dan jemput kita untuk dekat denganNya, kadang-kadang kita terlepas.
"Apabila terlepas, kita nak tunggu DIA panggil lagi, takkan tahu bila masanya.
"Dari pengalaman saya, beberapa kali juga terlepas dengan ajakan ALLAH. Contohnya seperti solat. Kadang-kadang kita abaikan dan selepas itu kita lagha dan hanyut.
"Bila nak ‘dipanggil’ kembali itu lambat, tetapi bila sudah ada rasa itu, jagalah ia. Itulah pesanan saya kepada semua kawan-kawan saya. Malas sekalipun, buatlah," kata beliau.

