PAKAR bedah terkenal, Dr Amalina Che Bakri, menyambut Aidilfitri tahun ini dengan penuh kebahagiaan bersama keluarga kecilnya di kediaman ibu tersayang.
Dalam perkongsian terbaharu di media sosial, beliau memuat naik beberapa gambar mesra bersama suami tercinta, Alexander Charles dan anak anak perempuan mereka, Arabella Mia yang kini berusia tiga tahun. Turut tidak ketinggalan bersama-sama ialah ibunya, Sabariah Hassan.
Iklan
Iklan
Iklan
Bersempena dengan perayaan yang mulia ini, Dr. Amalina dan keluarga tampil anggun dan gembira dapat meraikan Lebaran dengan kinsan tersayang. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran si kecil yang menjadi penyeri keluarga mereka.
Iklan
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Dr. Amalina turut mengejutkan para pengikutnya dengan satu lagi berita gembira. Beliau kini sedang hamil anak kedua! Perut yang sudah mula kelihatan atau 'baby bump' dalam gambar-gambar terbaharunya.
Perkongsian itu mengundang ucapan tahniah dan doa daripada ramai peminat serta rakan-rakan. Ramai yang tidak sabar menantikan kehadiran ahli baharu dalam keluarga kecil ini.
Untuk rekod, Dr Amalina yang kini berkhidmat sebagai pakar bedah di London berkahwin dengan Alexander pada 31 Mac 2021 di Masjid Central London.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Arabella Mia yang dilahirkan pada Oktober 2022.
Perkongsian itu mengundang ucapan tahniah dan doa daripada ramai peminat serta rakan-rakan. Ramai yang tidak sabar menantikan kehadiran ahli baharu dalam keluarga kecil ini.
Untuk rekod, Dr Amalina yang kini berkhidmat sebagai pakar bedah di London berkahwin dengan Alexander pada 31 Mac 2021 di Masjid Central London.
Sebagai seorang figura yang dihormati dalam bidang perubatan, Dr. Amalina bukan sahaja terkenal dengan kepakarannya, malah sering berkongsi nasihat kesihatan yang bermanfaat kepada masyarakat.
Dalam ruangan komen, para peminat turut mengucapkan selamat Hari Raya dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungan.
Dalam ruangan komen, para peminat turut mengucapkan selamat Hari Raya dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungan.
Sambutan Aidilfitri tahun ini pastinya lebih bermakna buat Dr. Amalina sekeluarga dengan kehadiran si kecil serta kehamilan yang sedang dilaluinya.
Semoga perjalanan kehamilan ini dipermudahkan dan keluarga ini terus dilimpahi kebahagiaan!
Semoga perjalanan kehamilan ini dipermudahkan dan keluarga ini terus dilimpahi kebahagiaan!