Tahniah! Usop timang anak kedua. 'Assalamualaikum queen daddy, mommy & Abang Umar'

Iklan
'Assalamualaikum queen daddy, mommy & Abang Umar' (1)

TAHNIAH Usop kerana telah menimang cahaya mata kedua pada Selasa lalu.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Bersyukur menyambut zuriat kedua, Usop memuat naik foto memangku puterinya.

Iklan

Dalam temu ramah bersama mStar, Usop meluahkan ralat tidak dapat menemani isteri tersayang bertarung nyawa melahirkan cahaya mata mereka kerana terikat dengan tugas.

Iklan

Baca juga: ‘Sampai hospital bukaan 4cm.’ Usop kini ayah, isteri selamat bersalin anak sulung lelaki

Baca juga: Comel bertudung, Usop mohon doa agar isteri berhijab dengan sempurna

Baca juga: Isteri hamil, Usop teruja bakal bergelar bapa

"Petang semalam (Rabu) saya ke Sintok kerana terlibat dengan persembahan. Ketika acara di sana berlangsung saya dimaklumkan isteri sudah berada di wad kecemasan.

"Memang tak sempat nak balik sebab saya perlu teruskan kerja. Takkan saya nak tinggalkan acara sebab orang dah bayar. Syukur isteri dan anak kami selamat,” katanya.

Pun begitu, naib juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage itu lega kerana berpeluang menemani isteri menjamu selera menu yang dihajati.

Baca juga: Kehamilan masuk trimester kedua, Eyra Hazali kongsi berita bakal timang anak ketiga. Tiada rezeki dapat kembar

Baca juga: Tak ada istilah makan untuk 2 orang, ini cara pemakanan baik ibu hamil

Baca juga: Tarikh jangka sudah lepas belum bersalin lagi, ibu hamil overdue lebih 42 minggu ini puncanya

"Sejak awal pagi saya dah ada rasa isteri akan bersalin hari ini (Rabu).

"Saya sempat bawa dia keluar makan. Macam-macam dia nak makan termasuk pulut durian,” katanya.

Bersyukur segalanya selamat, Usop memaklumkan akan berkongsi nama dan wajah cahaya matanya itu dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Usop dan Nur Fatihah  diijabkabulkan pada 3 Januari 2022 di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang selepas bertunang pada 4 November 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak sulung, Muhammad Saif Umar yang kini berusia dua tahun.

Sumber: mStar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!