Isteri hamil, Usop teruja bakal bergelar bapa

USOP
USOP
A
A
A

PENYANYI Usop bakal bergelar bapa apabila isterinya, Nur Fatihah kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya pada Selasa.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik, Usop dilihat menerima kejutan daripada isterinya yang memberikan alat ujian kehamilan yang diletakkan dalam sebuah beg.

“Alhamdulilah rezeki ALLAH. I love you sayangku. Terima kasih untuk semua doa yang yang baik untuk kami,” ujarnya dengan tanda pagar UsopJunior.

Difahamkan usia kandungan isteri Usop kini memasuki usia empat minggu dan dalam keadaan sihat tanpa mengalami sebarang alahan.

Naib Juara program Big Stage musim ketiga itu sebelum ini mengakui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata, apatah lagi isterinya juga sangat menyukai kanak-kanak.

Berita gembira tersebut turut mendapat perhatian para pengikut dan kenalan Usop di Instagram yang tampil mengucapkan tahniah, selain menitipkan doa buatnya dan isteri.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 3 Januari lalu di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca