Tak ada istilah makan untuk 2 orang, ini cara pemakanan baik ibu hamil

KEHAMILAN adalah peristiwa yang sangat bermakna buat semua wanita.

Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak di dalam kandungan lagi.

Ini cara pemakanan yang baik semasa hamil;

1. Pengambilan makanan yang sihat, seimbang dan tinggi kandungan nutrien.

Ibu hamil hendaklah menjaga pemakanan harian mereka agar bayi yang bakal dilahirkan sihat dan sempurna dengan mengamalkan;

  • Memakan pelbagai jenis makanan berasaskan piramid makanan.
  • Minum enam hingga lapan gelas air sehari atau mengikut keperluan.
  • Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak lemak, gula dan garam.
  • Makan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti.
  • Elakkan memakan snek segera yang tidak berkhasiat dan mengandungi banyak bahan kimia.

Baca juga Wanita hamil jangan pandang remeh tekanan darah tinggi, risiko sawan, pendarahan otak & tumbesaran baby terbantut

 

2. Mematuhi kadar kalori tambahan yang diperlukan semasa hamil.

Pertambahan kalori sebanyak 300 – 400 sehari adalah digalakkan.

Ini sama sekali bukan makan untuk dua orang ya! Makan untuk dua orang semasa hamil adalah MITOS!

3. Mematuhi pertambahan berat badan yang sesuai mengikut trimester kehamilan.

Pertambahan berat badan perlu dikawal sewaktu hamil. Pertambahan berat badan berlebihan boleh mengakibatkan komplikasi. Ikuti nasihat doktor ketika temujanji antenatal di klinik.

Baca juga Usia sudah 30-an masih lagi ‘hold’ lagi untuk hamil? Lupakan kerana banyak masalah bakal menimpa

4. Jika ada kencing manis, patuhi saranan doktor dan pakar pemakanan.

Iklan

Perkembangan seorang kanak-kanak bergantung sejak 280 hari di dalam kandungan sehingga bayi itu berusia dua tahun.

Konsep DOHad (Developmental Origins of Health and Disease) menegaskan kepentingan nutrisi di awal 1000 hari pertama kehidupan kanak kanak.

Waktu ini adalah satu jangka masa yang kritikal yang menjadi asas untuk kesihatan optimum, tumbesaran dan perkembangan pesat sel-sel otak kanak-kanak.

Ini termasuklan fasa ketika ibu hamil. Jadi menjaga pemakanan adalah satu langkah penting demi memberikan yang terbaik buat anak anda.

Jagalah kesihatan anda demi kehamilan dan tumbesaran bayi yang baik.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Sumber: @MedTweetMYHQ

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!