PENYANYI Usop kini bergelar bapa apabila isterinya, Nur Fatihah selamat bersalinkan cahaya mata sulung mereka.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya baru-baru ini.

Naib juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage musim ketiga itu memuat naik foto isterinya, Nur Fatihah Md Hasim bersama anak sulung mereka.

Baca juga: Comel bertudung, Usop mohon doa agar isteri berhijab dengan sempurna

Baca juga: Selepas banyak kali kena ‘reject’ Usop selamat bertunang

“Alhamdulilah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop,” titipnya.

Terdahulu, isteri Usop memuat naik video memohon doa daripada warga maya. Nur Fatihah yang mesra disapa Teha turut menceritakan ketika tiba di hospital, pemeriksaan doktor mendapati bukaan serviks sudah mencecah 4 sentimeter (cm).

“Datang hospital tidak makan langsung. Doktor kata sudah buka 4cm. Kelam kabut cari roti dan air kotak,” coretnya tentang pengalaman kelahiran anak sulung mereka.

Baca juga: Isteri hamil, Usop teruja bakal bergelar bapa

Peminat rata-rata teruja tentang perkongsian berita menggembirakan itu. Usop menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan warga maya sempena kelahiran Muhammad Saif Umar.

Ujar mereka:

– “Tahniah daddy Usop.”

– “Syukur Allhamdullillah tahniah Usop.”

– “Tahniah usop dan isteri. Semoga menjadi anak yang soleh.”

Iklan

– “Tahniah Usop dan isteri, sudah bergelar daddy dan mummy.”

– “Gebu nya ‘baby’, tidak sabar hendak tengok.”

Usop dan isteri selamat diijabkabulkan pada 3 Januari lalu di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.

Sebelum itu, mereka mengikat tali pertunangan pada 4 November 2021.

Baca juga: Usop selamat bergelar suami

Iklan

Baca juga: Buang air besar tanda waktu bersalin sangat dekat, 8 perkara ibu perlu hadamkan elak kematian bayi

Sumber: Instagram Usop, Teha Richer

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan