'Ini bukan lagi gimik...' Bella Astillah, Syed Saddiq sambut Aidilfitri sedondon. Hadiri rumah terbuka bersama

Iklan

HUBUNGAN mesra antara figura politik muda, Syed Saddiq Abdul Rahman dan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah terus menjadi bualan hangat warga maya.

Iklan
Iklan

Jika sebelum ini ramai yang menganggap keakraban Syed Saddiq dan Bella Astillah hanyalah sekadar ‘gimik’ promosi produk, kini lain pula ceritanya.

Segelintir netizen mula ‘membaca’ isyarat hubungan mereka dari sudut yang lebih serius apabila kedua-duanya tampil meraikan Aidilfitri bersama dalam busana sedondon berona oren terang yang cukup mencuri tumpuan.

Iklan

Iklan

Menerusi perkongsian Bella di laman sosial baru-baru ini, pasangan berkenaan dilihat menyambut Aidilfitri di kediaman bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bersama isteri, Datin Seri Vie Shantie Haroon Khan.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, Vie Shantie merupakan individu yang sangat dekat di hatinya dan sering menjadi sumber kekuatan, terutama ketika melalui fasa getir dalam kehidupannya.

"Bersama kakak berlainan ibu. Salah seorang yang banyak beri nasihat dan kekuatan pada tahun lepas, yang selalu risau dan ambil berat. Kak Vie sangat baik, cantik dan hardworking! Bikin sayang betul. Tahun ini dijemput lagi datang beraya. Tahun yang berbeza, semangat berbeza dengan aura positif. Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat keakraban dua figura berkenaan. Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar hubungan tersebut terus mekar dan akhirnya disatukan hingga ke jenjang pelamin.

"Guys, ini bukan marketing dah. Kita doakan yang baik-baik saja, ya,” tulis seorang pengguna.

"Bella berdiri sebelah YB dah macam raja sehari,” komen seorang lagi.

Untuk rekod, Syed Saddiq masih berstatus bujang, manakala Bella Astillah merupakan ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna hasil perkahwinan terdahulu yang berakhir pada 13 Jun tahun lalu.