DULU dikenali sebagai cef piza viral yang pernah menggegarkan dunia dengan piza wagyu RM150 serta pencapaian di Itali, kini nama Jofliam kembali mencuri perhatian. Tetapi bukan sebab makanan, kali ini kerana cinta.
Kontroversi yang membuat ramai tertanya-tanya akhirnya terjawab apabila Jofliam selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Emira Delyati Dewi, dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada hari Sabtu.Khabar bahagia ini dikongsikan oleh perancang acara terkenal, Munstara Event, menerusi Instagram Stories mereka.
Dalam gambar yang dikongsikan, Jofliam tampak segak berbaju Melayu putih lengkap bersongkok dan bersampin.
Dewi pula tampil anggun dengan busana serba putih dan tudung litup sambil bersalaman mesra dengan suami tercinta.
Sebelum ini, nama Dewi pernah hangat diperkatakan selepas dikaitkan sebagai orang ketiga dalam keretakan rumah tangga antara Jofliam dan bekas isterinya, pempengaruh terkenal Cik Epal. Persengketaan mereka pernah menjadi topik hangat di media sosial apabila kedua-duanya saling membuat pendedahan tentang konflik rumah tangga mereka.
Jofliam sendiri mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan Dewi dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Nah, sekarang janji sudah ditunaikan.
Untuk yang belum tahu, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan sepanjang 10 tahun bersama, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Namun, hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada tahun lalu.
Apa pun kisah silam, hidup perlu diteruskan. Semoga perkahwinan baharu Jofliam dan Dewi ini diberkati dan dipenuhi kebahagiaan.