Fara Salleh dakwa dicerai Shuk Sahar, lafaz talak satu menerusi panggilan telefon dari Thailand

Iklan

RUMAH tangga Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh didakwa telah berakhir apabila pelawak pelawak berusia 39 tahun itu didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu.

Menerusi Instagram, Fara berkongsi rakaman perbualan telefon Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar dengannya yang dikatakan sedang berada di Thailand.

Iklan
Iklan

Dakwa Fara, Shuk memilih untuk tidak menceraikannya di Malaysia kerana bimbang beliau akan membuat tuntutan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Iklan

"Takut ke nak cerai nak Malaysia? Takut aku tuntut nafkah selama ini yang (kau) culas ke?

"Takut bagi nafkah pada anak kau yang sah ini ke? Anyway, talak akan jatuh selepas aku bersalin.

Iklan

"Aku tetap akan teruskan proses di Malaysia sebab aku nak pengesahan juga di Malaysia.

"Ada lah yang menghasut suruh ceraikan kat sana (Siam)," kongsinya.

Dalam pada itu, Fara juga meluahkan rasa lega apabila Shuk menunjukkan dirinya yang sebenar dan mendakwa pengacara dan bekas penyampai radio tersebut langsung memberi sokongan kepada kehamilannya sejak awal.

Sehingga artikel ini disiarkan, tiada sebarang ulasan berhubungan dakwaan berkenaan daripada pihak Shuk.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Fara dan Shuk bermula selepas wanita itu mendakwa menjadi mangsa penderaan mental suaminya dan dikatakan tidak menghiraukannya sepanjang berada di hospital.

Fara yang kini sedang hamil lima bulan juga mendakwa Shuk sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai usaha untuk menamatkan kemelut rumah tangga mereka.

Shuk dan Fara berkahwin pada November 2023. Pada awal Februari 2025 Fara pernah memfailkan perceraian terhadap Shuk.

Sekadar info, Shuk terdahulu mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Rossa Sera pada 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assiyfatu Aimi, 5.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu pada 22 Mac 2023.

Sumber: Instagram