Sharnaaz Ahmad akui Aidilfitri paling suram, sambut tanpa arwah ayah buat pertama kali. 'Malam ini saya pakai jam Allahyarham...'

Iklan

TIADA lagi tawa, tiada lagi peluk cium dari seorang ayah.

Iklan
Iklan

Itulah hakikat yang perlu ditelan pelakon popular, Sharnaaz Ahmad apabila menyambut Aidilfitri tahun ini dalam suasana paling hiba dan sunyi dalam hidupnya.

Menurut pemilik nama sebenar, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itulah lebaran yang paling tidak bermakna sepanjang hidupya.

Iklan

Apatah lagi ia merupakan kali pertama disambut tanpa insan tersayang. Untuk rekod arwah bapanya, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada 27 November tahun lalu.

"Saya memang tak menyambut Aidilfitri tahun ini dan boleh dikatakan lebaran yang tiada 'rasa' serta paling 'tawar' dalam hidup.

Iklan

"Saya bangun pagi pada satu Syawal lalu pun dalam keadaan diri yang tidak fokus. Saya bangun untuk solat sunat Aidilfitri dan menjamah makanan.

"Sebolehnya saya nak selesaikan sambutan ini dengan secepat mungkin, tapi kenapa lambat sangat nak berakhir pada satu Syawal lalu.

"Selepas itu barulah saya berasa lega. Lagipun ini adalah tahun pertama saya menyambut Aidilfitri tanpa dia," luahnya ketika ditemui usai tayangan perdana filem Blood Brothers: Bara Naga, di Putrajaya baru-baru ini.

Biarpun jauh di sudut hati masih merindu sosok seorang bapa, bintang filem Blood Brothers: Bara Naga itu mengakui beliau tidak lagi menitiskan air mata, sebaliknya emosi itu sudah terluah saat mengenang hari ke-40 pemergian arwah ayahnya.

"Saya tidak menitiskan air mata pun sepanjang Aidilfitri ini. Kali terakhir saya menangis pada hari ke-40 bapa saya meninggal dunia. Waktu itu saya gagal mengawal diri.

"Walaupun pada hari itu saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya, tapi entah kenapa tiba-tiba seperti ada butang yang mengingatkan. Terus saya rasa sejuk satu badan dan tak boleh nak mengawal emosi," katanya.

Tambahnya, biarpun figura orang tersayang sudah tiada di sisi, Sharnaaz tetap mencari 'cara' agar sentiasa berada dekat dengan Allhayarham pada hari-hari yang penting.

Salah satunya adalah dengan mengenakan jam tangan milik arwah sewaktu menghadiri tayangan perdana filem lakonannya pada malam ditemui SinarPlus.

"Hari ini (semalam) pun saya pakai jam bapa saya. Buat kali pertama, saya baru buka bungkusan jam ini daripada tisu hospital dan yakin dia bersama saya," katanya.

Terdahulu, hero kesayangan aktor itu menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada usia 78 tahun pada 27 November tahun lalu.