Arab Saudi sekat sementara 14 negara menjelang musim haji, pemegang visa umrah diarah balik sebelum 29 April ini

Iklan

BARANGKALI mahu membanteras jemaah haram yang tak terkawal, kerajaan Arab Saudi menyekat sementara visa untuk 14 negara menjelang musim haji tidak lama lagi.

Disebabkan pelaksanaan tersebut, pemegang visa umrah dikatakan masih boleh masuk ke negara terbesar di Timur Tengah berkenaan sehingga 13 April jer.

Iklan
Iklan

Namun begitu, mereka diarahkan pulang sebelum 29 April ini.

Lapor The News, 14 negara yang terlibat termasuklah Pakistan, India, Bangladesh, Mesir, Indonesia dan Iraq.

Iklan

Negara lain yang turut dalam senarai seperti Nigeria, Jordan, Algeria, Sudan, Ethiopia, Tunisia dan Yaman.

Iklan

Larangan penggantungan itu juga melibatkan visa perniagaan dan visa keluarga dengan sekatan dijangka tamat sekitar pertengahan Jun nanti.

Memetik sumber diplomatik, pemohon atau pemegang visa digesa supaya mematuhi peraturan baharu bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan tegas.

Jika mengabaikan amaran tersebut, mereka boleh dikenakan penalti yang bukan calang-calang.

Ini kerana jika masih berdegil dan melanggar arahan terbaharu tersebut, mereka boleh berdepan sekatan selama lima tahun untuk memasuki Arab Saudi semula.

Memetik laporan itu lagi, Kementerian Luar Arab Saudi memaklumkan, penggantungan visa sementara itu membantu mengawal perjalanan semasa musim haji dan memastikan keselamatan terkawal.

Syukur Malaysia tak termasuk dalam senarai sekatan. Bayangkan kalau masih berdegil, kena penalti lima tahun tak boleh masuk Arab Saudi.

Moga jemaah kita yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci dan pulang dengan haji mabrur.