Iklan
Iklan
Wah, sweet couple goals betul! Pasangan yang sama cantik, sama padan ini berkongsi keterujaan mereka menanti detik suci itu.
"Alhamdulillah, saya sangat teruja dan tidak sabar untuk menunaikan ibadah umrah buat pertama kali, apatah lagi bersama suami tercinta," ujar Julia.
Dua tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini melihat ibadah umrah ini sebagai satu bentuk pengikat cinta dan penyucian jiwa.
Bukan sekadar ‘percutian rohani’, tetapi simbolik cinta, dalam momen paling suci.
"Ini adalah satu cara untuk memperbaiki dan memperkukuh lagi ikatan perkahwinan kami. Dua tahun bersama, dan inilah masa terbaik untuk kami ‘reset’, fokus dan serahkan segalanya kepada ALLAH SWT,” kongsi wamita itu lagi.
Bukan setakat bakal menjadi jemaah biasa, suami tercinta Julia ini juga membawa tanggungjawab besar sepanjang misi umrah ini.
Dr. Che Hafiz telah dilamar menjadi wajah utama bagi projek eksklusif Umrah Romantika oleh Al Khairi Travel & Tours Sdn. Bhd.
Sebagai seorang doktor bertauliah dengan lebih 10 tahun pengalaman dan pemilik Regalion Clinic di Kota Damansara, beliau akan menjadi doktor jemaah sepanjang ibadah umrah tersebut.
Apa yang menarik, pakej Umrah Romantika ini lengkap dengan kad perubatan, pemeriksaan kesihatan dan jadual mesra kesihatan.
Sesuai sangat untuk mereka yang risau tentang kesihatan ketika menunaikan ibadah. Inilah kali pertama dalam industri, pakej umrah digabungkan dengan sokongan kesihatan sebegini rupa.
"Ini adalah langkah pertama yang saya harap dapat memberi keyakinan kepada mereka yang rasa ragu-ragu untuk ke Tanah Suci disebabkan faktor kesihatan,” ujar Dr. Che Hafiz penuh semangat.
Apabila disoal tentang isu hangat agensi umrah yang menipu jemaah baru-baru ini, pasangan ini tenang sahaja.
Mereka yakin dengan kredibiliti Al Khairi Travel & Tours yang sah dan berdaftar.
Kata mereka, semuanya berjalan lancar dan profesional. Lebih daripada itu, apa yang mereka harapkan daripada perjalanan ini ialah satu: doa yang diangkat dan dimakbulkan.