Noorkhiriah terharu terima hadiah kain kafan pada hari lahir daripada suami. 'Tahniah sebab dah dekat dengan kematian'

Iklan

HAPPY birthday buat dramatis Noorkhiriah Ahmad Shapie yang hari ini genap usia 49 tahun.

Terkenal dengan kerja-kerja amal dan kebajikan pengurusan jenazah, pelakon yang terkenal dengan watak komedi dan air mata itu mendedahkan menerima hadiah yang 'rare' mengingatkannya kepada kematian.

Iklan
Iklan

Penerima anugerah Pelakon TV Komedi Terbaik (Telefilem) Anugerah Seri Angkasa 2022 itu memuat naik foto berlatarbelakangkan tanah perkuburan sambil merangkul bungkusan hadiah daripada suami tercinta, Azfaizul Ahtan yang diletakkan pada tempat duduk belakang keretanya.

"Saya nak pergi shooting, sekali pandang belakang (nampak) kain kafan hadiah hari jadi daripada suami.

Iklan

"Siap dengan riben," kongsinya.

Menerusi Instagram, pelakon drama Mat Despatch itu menitipkan luahan perasaannya sempena hari lahir ke-46.

Iklan

Artikel penuh:

"Assalamualaikum. Akak tidak tahu apa yang ALLAH hendak beri sebab benda yang dekat dengan kematian yang akak dapat pada hari lahir 2025.

"Yang kat tangan tu tiada poket tiada labuci even seurat benang pun tiada.

"Akak menumpang keberkatan hari Jumaat. Di belakang rumah kekal berbekalkan kain kafan hadiah daripada suami," kongsinya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat insan-insan yang disayangi.

"Lain macam 11 April tahun ni. Terima Kasih ALLAH masih memanjangkan umur yang sudah singkat ni untuk buat apa yang patut. Terima Kasih emak, halalkan air susu.

"Terima kasih suami atas doa dan hadiah. Halus ek permainan. Finally tahniah sebab sudah dekat dengan kematian," kongsinya.

Warganet yang mengucapkan selamat hari lahir turut mendoakan pelakon Mukhsin, Susuk dan Papadom itu takdir yang baik-baik buat Noorkhiriah.

"Selamat ulang tahun. Semoga sihat panjang umur dalam rahmat ALLAH."

"Happy birthday, semoga kak sihat, maintain cun, dimurahkan rezeki, diberkati ALLAH."

"Selamat hari lahir. Moga dipermudahkan segala urusan senantiasa dlm lindungan dan rahmat ALLAH SWT selalu, aamiin."

"Birthday kita sama akak khiriah. Semoga ALLAH kurniakan saya kekuatan seperti awak."

Noorkhiriah aktif Pertubuhan Amal Nur by Khiriah menyediakan khidmat bakti percuma kepada orang awam dari A sampai Z daripada memandikan sehingga mengebumikan.