'Dulu susah pergi kerja kakak menangis, kini giliran daddy pula...' Rindu anak di asrama, luahan Fedtri undang pilu!

Iklan

SUDAH menjadi adat ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berasrama, merindui sosok tubuh anak yang selama ini dijaga dan dibelai.

Pengacara dan penulis lirik terkenal Fedtri Yahya juga tidak terkecuali mengenang puteri sulungnya, Indah Sutera Jannah yang melanjutkan persekolahan peringkat menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Iklan
Iklan

Lebih sayu lagi, pemenang Anugerah Pengacara TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2022 mengimbas kembali kenangan membesarkan Indah yang cukup manja dengannya.

Video memaparkan kasih sayang dan keakraban mereka berdua turut dimuat naik. Betapa manjanya Indah dengan Fedtri hinggakan ketika kecil sering menangis enggan berpisah setiap kali si bapa berangkat ke tempat kerja.

Iklan

Iklan

"Insya-ALLAH sekejap sahaja tu, pejam celik nanti sudah SPM," kongsinya.

Dalam hantaran yang lain, pengacara Malaysia Hari Ini dan Jejak Rasul itu turut mendoakan agar Indah mampu menyesuaikan diri di persekitaran baharu di maktab.

Jauh di sudut hati, bapa kepada empat cahaya mata itu tertunggu-tunggu masa untuk bersua kembali.

"Selalu menangis nak ikut daddy. Anak manja daddy, anak sulung puteri cinta hati. Simpan di sini sebagai kenangan. Tak sabar nak jumpa kakak...

"Insya-ALLAH berkat bantuan guru-guru dan sahabat sekeliling, akan mudah beradaptasi dan berbahagia di sana ya.

"Hujan-hujan ini mengukir syahdu," luahnya.

Terdahulu Fedtri ada berkongsi Indah ditawarkan tempat ke MRSM yang merupakan sekolah idaman anaknya.

Warga maya memberikan sokongan dan semangat buat Fedtri. Tidak kurang yang memberikan sokongan dan semangat.

Tidak kurang yang memujinya sebagai figura bapa penyayang dan ketulusan layanan Fedtri kepada anaknya.

"Allahuakbar menitik air mata. Bagi anak perempuan, cinta pertama hatinya ialah ayah. Teringat anak bongsu di universiti. Sudah besar pun masih menangis ke kampus, homesick katanya. Saat paling gembira bila dengar anak nak cuti."

"Beginilah adat anak sekolah asrama. Tengok bilik kosong, cium bantal mereka lepas rindu. Moga mereka baik-baik sahaja."

"Touching, fly high to your daughter. Excellent dunia akhirat."

"Seronoknya ada figure ayah yang boleh dijadikan contoh."

"Heartbroken anak duduk asrama is real. Semoga anak-anak kita serasi dan happy belajar even jauh dari family."

Sekadar info, Indah Sutera Jannah merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Fedtri berkahwin dengan seorang guru, Nurul Anati pada Mei 2011.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 13, Ahmad Wildan Arjuna, 11, Indah Rauvda Inaara, 8, dan Ahmad Firaas Mevlana, 6.