Remaja perempuan disuntik ubat pelali sebelum dirogol, doktor pelatih guna helah buat ujian darah. 'Bukan seorang tapi tiga mangsa...'

Iklan

HARAPKAN pagar, pagar makan padi.

Iklan
Iklan

Begitulah perumpamaan paling tepat menggambarkan situasi seorang doktor pelatih yang sepatutnya menjaga dan merawat pesakit didakwa sebagai pelaku kepada perbuatan paling keji dan tidak berperikemanusiaan.

Tragedi yang memilukan itu dikatakan berlaku di sebuah pusat perubatan berhampiran Hospital Hasan Sadikin (RSHS), Bandung, Jawa Barat.

Iklan

Kejadian hitam tersebut berlaku pada 18 Mac lalu apabila lelaki yang dikenali sebagai Priguna Anugerah Pratama dilaporkan mendekati seorang remaja perempuan berusia 21 tahun yang ketika itu sedang setia menemani dan menjaga bapanya yang dirawat di hospital berkenaan.

Priguna yang ketika itu sedang menjalani latihan di bawah Program Pendidikan Doktor Pakar (PPDS) Anestesiologi, memberi alasan kononnya mahu melakukan pemeriksaan padanan silang darah bagi tujuan pemindahan darah sempena pembedahan bapanya.

Iklan

Namun, pemeriksaan itu tidak dilakukan di lokasi yang sepatutnya. Sebaliknya, pelatih terbabit merancang kegiatan tidak bermoral itu di sebuah bilik rawatan yang terletak di tingkat tujuh hospital berkenaan.

Tanpa rasa bersalah, penuntut Universiti Padjadjaran (Unpad) itu meminta mangsa menukar pakaian hospital dan menyuntik sejenis cecair mengandungi ubat pelali Midazolam, sehingga menyebabkan remaja perempuan tersebut tidak sedarkan diri.

Remaja malang itu akhirnya menjadi mangsa kerakusan seorang lelaki bertopengkan profesion sebagai pakar perubatan, yang menyalahgunakan jawatan demi memuaskan nafsu serakahnya.

Mangsa mula sedar daripada kesan ubat pelali berasa binggung dengan rasa tidak selesa pada bahagian suntikan dan sakit di kemaluannya.

Dalam keadaan tidak bermaya, mangsa segera melakukan pemeriksaan dan menyedari dirinya telah dirogol.

Lantaran itu, ahli keluarga nekad melaporkan kejadian tersebut dan membawa kepada tangkapan Priguna pada 23 Mac lalu untuk membantu siasatan lanjut.

Pihak polis turut merampas beberapa bukti penting termasuk picagari, ubat pelali dan juga kondom.

Rupa-rupanya bukan hanya remaja berkenaan menjadi mangsa, muncul dua lagi wanita lain yang turut mendedahkan bahawa mereka juga menjadi pemuas nafsu oleh lelaki yang sama.

Priguna yang sudah mendirikan rumah tangga itu kini berdepan hukuman penjara minimum 12 tahun.