PELAKON Datin Atikah Suhaime selalu memenangi hati warganet. Baharu melahirkan puteri sulungnya Mac lalu, aktres kelahiran Singapura itu cukup bertuah selepas menerima hadiah barang kemas daripada keluarga mentuanya.
Baru-baru ini, tular video memaparkan Atikah yang sedang mendukung anaknya, menerima kejutan apabila ibu mentuanya memakaikan seutas rantai pada leher.
Sementara itu anaknya, Lyla Mulan Teh yang baharu genap sebulan turut menerima gelang emas.
"Wah saya pun dapat hadiah full moon, terima kasih ibu mentuaku,” katanya.
Video pelakon Lagenda Budak Hostel dan Muka Surat Cinta itu menerima pelbagai reaksi warganet.


Rata-rata teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Atikah sangat beruntung memiliki suami dan keluarga mentua yang sangat menghargainya
"Dalam tradisi Cina, apabila baby full moon memang ada datuk, nenek, pak cik, mak cik akan berikan angpau atau emas kepada baby."
"Baiknya mak mentua sebab Atikah pun baik dengan keluarga suaminya."
"Atikah is a one lucky woman. Walaupun family jauh di Singapura dan duduk dengan mertua, tidak pernah rasa tersisih."
Untuk rekod, Atikah bernikah dengan usahawan dan cucu pengasas jenama Zaitun, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
Pasangan itu kemudiannya menimang cahaya mata perempuan pada 8 Mac lalu.
Sumber: TikTok