Sempat kongsi hidup 7 bulan, isteri reda Syawal kali pertama & terakhir, suami maut dilanggar pemandu mabuk ketika bantu mangsa kemalangan

Iklan

'ITULAH kali terakhir saya tengok dia hidup-hidup...'

Demikian tutur wanita Suhaidah Yusof, 40, ketika mengimbas kembali kemalangan yang meragut nyawa suami dicintainya, Mohd Taufik Ariff Sariff.

Iklan
Iklan

Pergi selamanya selepas tujuh bulan membina mahligai cinta bersama. Lebih menyayat hati, 1 Syawal lalu adalah yang pertama dan terakhir mereka.

Pergi selamanya dalam melakukan kebaikan, arwah yang berusia 37 tahun yang juga penghantar makanan p-hailing maut dalam kemalangan ketika cuba ketika membantu seorang mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi berhampiran stesen minyak memasuki Taman Desa Jaya, Johor Bahru.

Iklan

BAHARU 7 BULAN DIIJAB KABUL

Dalam nada sebak, wanita yang bekerja sebagai kerani itu menzahirkan perasan pilu kerana mengenangkan baharu mendirikan rumah tangga tujuh bulan lalu dan ini merupakan Aidilfitri pertama mereka sebagai suami isteri.

Iklan

"Kami baharu sahaja mendirikan rumah tangga, kami kenal sudah dua tahun tapi baru kahwin September tahun lalu.

"Saya tak sangka, semua tu dan gambar kami akan jadi kenangan terakhir kami berdua,” katanya.

Kata Suhaidah, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Bakar Batu setelah menikmati makan malam bersama rakan-rakan suaminya itu di Desa Cemerlang.

Suhaidah yang ketika memandu pulang ternampak serpihan motosikal kemalangan dan memarkir kereta tepi jalan di hadapan Petronas dan suami turun untuk membantu membantu mengawal lalu lintas. Ketika kejadian beliau di dalam kereta.

"Masa tu saya yang bawa kereta dan saya masih tunggu dalam kereta, tapi tiba-tiba, saya dengar satu bunyi kuat kenderaan langgar sesuatu.

"Masa tu ada orang datang beritahu suami saya kena langgar dan saya terus keluar kereta... saya nampak dia terbaring dan itulah kali terakhir saya tengok dia hidup-hidup.

"Kemudian, saya terus hubungi adik ipar untuk maklumkan kejadian yang berlaku," katanya.

Akibat perlanggaran itu, Mohd Taufik yang berasal dari Kampung Lukut, Kota Tinggi, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Pemandu BMW berkenaan pula hanya mengalami kecederaan ringan di muka dan siasatan mendapati dia memandu di bawah pengaruh alkohol.

Dia dikatakan cuba melarikan diri namun berjaya ditahan orang awam kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis.

Pemandu berkenaan telah ditahan dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berikut adalah kronologi menyayat hati:

1-Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, nahas bermula apabila seorang lelaki warga Myanmar yang menunggang motosikal dari arah Johor Bahru menghala ke Taman Setia Tropika, hilang kawalan dan terbabas di lorong kanan jalan.

2-Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal jenis SYM BX11 yang berusia lingkungan 30-an terbabit mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

3-Seorang lelaki tempatan kemudian datang membantu dengan menjaga laluan bagi mengelakkan mangsa dilanggar kenderaan lain.

4-1-Kira-kira jam 2.10 pagi itu, Mohd Taufik dikatakan sedang membantu seorang penunggang motosikal yang terbabas.

5-Tindakan mulia itu bertukar tragedi apabila sebuah BMW yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun melanggar mangsa kedua sehingga menyebabkan kecederaan parah dalaman dan mengakibatkan kematian serta-merta.

Sumber: Sinar Harian, 2, Harian Metro